Blackhead atau bintik hitam adalah masalah kulit yang bukan sahaja berlaku kepada remaja tetapi juga terhadap orang dewasa. Penyingkiran blackhead meninggalkan lubang pada kulit dan membuat anda kurang yakin. Walau bagaimanapun, terdapat pelbagai cara untuk membantu mengurangkan dan mencegah jerawat blackhead.

Apa itu blackhead?

Blackhead adalah sejenis jerawat yang biasanya muncul pada kawasan wajah seperti hidung, dahi, dan pipi. Ia terdiri daripada plak sebum dalam folikel liang roma yang menggelap disebabkan pengoksidaan.

Cara untuk menghilangkan bintik hitam:

Tentukan jenis kulit anda

Anda perlu mengetahui jika anda mempunyai kulit berminyak, biasa, kering atau kombinasi untuk memilih produk penjagaan kulit yang betul. Sesetengah orang mempunyai jenis kulit sensitif jadi  mereka perlu memilih produk yang dibuat untuk kulit sensitif. Menggunakan produk penjagaan kulit yang tidak sesuai boleh menyebabkan penyumbatan liang yang menyebabkan blackhead.

Mengewap

Sebelum menarik jerawat anda keluar, liang pori perlu dilonggarkan. Oleh itu, mengewap adalah langkah bijak untuk dilakukan sebelum mengeluarkan blackhead. Didihkan air dengan sekeping lemon dan halia kemudian tuangkannya ke dalam mangkuk besar. Wapkan wajah anda dalam sepuluh hingga lima belas minit dengan menutup kepala untuk menghalang stim. Namun, hati-hati kerana jika muka terlalu dekat dengan permukaan air boleh menyebabkan terbakar.

Jangan memicit

Untuk beberapa sebab, kebiasanya orang memicit blackhead untuk mengeluarkannya. Ini adalah cara yang buruk untuk merawat kulit anda kerana memicit akan menyebabkan keradangan dan jangkitan kulit. Kaedah ini juga tidak akan menghalang blackhead kembali.

Rujuk doktor jika simptom-simptom menjadi semakin teruk

Dalam sesetengah kes, anda harus memastikan kulit diperiksa oleh doktor. Faktor-faktor luaran seperti pencemaran udara atau sel-sel kulit mati bukan satu-satunya sebab yang menyebabkan blackhead tetapi juga faktor-faktor dalaman seperti hormon. Doktor boleh melakukan pemeriksaan perubatan untuk mengetahui tahap keseriusan jerawat anda dan mencadangkan penyelesaian yang sesuai untuk kulit anda.

Pastikan kulit anda bersih

Mencegah lebih baik daripada mengubati. Terdapat banyak cara untuk memastikan kulit anda bersih untuk mengelakkan penampilan blackhead. Basuh wajah anda apabila anda bangun dan sebelum anda tidur untuk membuang kumpulan minyak yang boleh menyebabkan jerawat. Sekiranya anda memakai solekan setiap hari, maka anda perlu menggunakan produk membersihkan solekan untuk memastikan kulit anda bersih.

Penampilan fizikal adalah faktor penting dalam keyakinan diri, oleh itu, ingatlah untuk menjaga kulit anda daripada bintik hitam dan jerawat supaya anda kekal gembira dengan penampilan anda.

OLEH : HELMA HASSAN

SUMBER : (https://hellodoktor.com/)

 

Tinggalkan Komen

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara Ideaktiv Sdn Bhd • Dikendali Oleh Astro Group

error: