Seperti yang telah dibincangkan dalam artikel sebelum ini, Elak Mati Pucuk Di Usia Muda. Amalkan Tip Mudah Ini jika anda salah seorang yang berhadapan dengan mati pucuk, kami telah menasihatkan anda agar tidak makan ubat-ubat yang terjual di luar sana untuk menguatkan tenaga waktu malam anda. Dalam artikel kali ini, kami akan sediakan beberapa jenis ubat dan vitamin yang jika diambil secara berlebihan akan mengundang maut pada masa hadapan. Kalau boleh tak payah ambil langsung. Terus berjumpa dengan doktor. Ubat-ubat dan herba ini telah disahkan oleh Kementerian Kesihatan bahawa ia mengandungi bahan terlarang. Ini antaranya:

 

Bazooka Pills

Kononnya Ia dapat membantu seorang lelaki untuk membesarkan alat kemaluan kalau rasa ia terlalu kecil dan memberi lebih efektif. Ia juga dapat melancarkan pendarahan dalam tubuh badan serta memberi kepuasan 100%. Bahan-bahan yang digunapakai terdiri daripada herba yang bukan saja bagus untuk zakar anda, malah untuk kesihatan anda.

 

 

Bio Rehmannia Plus

Ia bagus untuk kegunaan bagi lelaki dan wanita kerana masing-masing boleh membantu dalam tingkatkan ketahanan dan lambatkan pancutan air mani, naikkan hormone testosterone lelaki tingkatkan aktiviti pengeluaran sperma Kuatkan otot badan, menaikkan tenaga dalaman lelaki. Untuk wanita pula ia dapat menaikkan Libido serta keinginan seksual serta meningkatkan kesuburan dan dapat membantu mengurangkan tekanan darah.

 

 

Bull’s Genital Pills

Ia membantu untuk membuatkan sperm anda berkekalan lebih lama, dan ia boleh mempercepat sel darah yang bertambah dan menimbulkan sperma. Walaubagaimanapun ia tetap mempunyi bahan terlarang.

 

 

Cobra X

 

Ramuan tradisional berbentuk ekstrak yang disempurnakan, merupakan intisari tumbuhan tumbuhan pilihan yang mengandung bahan bahan aphrodisiac terdiri daripada daun, akar, kulit, pohon, biji tanaman ubat yang dikombinasikan dengan bahan Viagra. Bahan-bahannya bersifat tradisional, namun ia turut mempunyai bahan terlarang.

Emperor Huang Saint Medicine

Produk ini sudah terkenal di China dan kini mereka meluaskan pemasaran di Malaysia. Tentulah ia dapat membantu dalam menguatkan stamina lelaki dan wanita tapi anda sendiri tahu kesannya di kemudian hari kan?

 

Tinggalkan Komen

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: