Sukan Asia di Indonesia bakal ditemui pada 18 Ogos 2018. Semalam 10 Ogos acara menyerahkan Jalur Gemiling kepada Kontinjen negara telah pun diadakan bertempat di Putrajaya.  Menerusi laporan Awani, Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah mensasar jumlah kutipan emas sebanyak 7 pingat untuk para atlet membawa pulang ke tanah air.

Ini ekoran daripada kejayaan yang telah dibawa oleh pasukan Malasyia 4 tahun lalu menerusi temasya di Incheon, Korea Selatan dimana 5 pingat emas telah dibawa pulang.

Bagaimanapun Syed Saddiq turut yakin bahawa para atlet ini mampu untuk meraih 11 pingat emas untuk mengharumkan nama negara. Antara sukan yang diharapkan untuk memiliki emas adalah acara berbasikal, taekwondo dan karate. Seramai 426 atlet akan membawa nama negara di temasya sukan kedua terbesar selepas Sukan Olimpik itu, yang akan berlangsung di Jakarta dan Palembang bermula 18 Ogos hingga 2 September ini.

Maskulin mengucapkan selamat berjaya kepada kontinjen negara dan mengharapkan para atlet dapat membawa pulang jumlah emas lebih dari apa yang disasarkan.

kredit gambar: Kosmo & Awani

 

Tinggalkan Komen

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: