Kopi Hitam

Kopi hitam atau Black Coffee adalah salah satu jenis minuman panas terbaik untuk menurunkan berat badan. Anda boleh cuba minum kopi hitam panas dua kali sehari dan rasai sendiri perbezaannya. Tapi harus diingat ya, kopi hitam panas ini haruslah tanpa gula.

Minum kopi satu jam sebelum anda lakukan senaman atau sebarang latihan dapat menambah tenaga dan tumpuan supaya anda lebih fokus dan bersemangat. Di samping itu, kopi dapat membantu melindungi sendi yang rosak dan mengurangkan kesakitan setelah latihan kerana di dalam kopi mengandungi zat antioksidan.

Teh Hijau

Siapa yang tidak tahu tentang manfaat hebat teh hijau untuk membuang lemak?

Teh herba yang satu ini sudah lama dipercayai untuk menurunkan berat badan. Jadi, jika anda sekarang dalam proses diet, anda WAJIB memasukkan minuman teh hijau panas ini ke dalam menu diet harian anda.

Supaya ia lebih sedap untuk dinikmati, anda boleh cuba campurkan 1 sudu madu ke dalam satu cawan teh hijau panas. Kemudian tambah 1 hingga 3 titis perahan air lemon. Anda boleh amalkan minum setiap pagi sewaktu perut kosong. Amalkannya setiap hari supaya hasilnya juga terbaik.

Teh Hitam

Teh hitam ini juga bermanfaat untuk membantu anda mendapatkan berat badan ideal. Hampir sama seperti teh hijau, anda boleh tambahkan madu dan juga lemon ke dalam satu cawan teh hitam panas untuk hasil terbaik. Dan minum dalam keadaan perut anda masih kosong pada waktu pagi.

Antara manfaat lain teh hitam adalah mampu meningkatkan metabolisma, membakar kalori, bermanfaat sebagai detox dan juga mengawal nafsu makan supaya anda tidak makan berlebihan.

Teh & Madu

Campurkan 2-3 sudu madu ke dalam satu cawan teh tawar. Pastikan anda meminumnya ketika masih panas. Cara ini dipercayai mampu membantu anda membuang lemak dalam badan, dan menjadikan tubuh lebih langsing.

Amalkan minuman panas ini sebanyak 2-3 kali setiap hari. Ingat! Anda harus menghindari gula untuk cepat langsing bukan? Gantikan dengan madu sahaja.

Teh Kayu Manis

Teh kayu manis juga dapat membantu penurunan berat badan. Caranya dengan campurkan teh tawar panas dengan serbuk kayu manis. Bagi minuman teh kayu manis ini, anda boleh amalkannya dua kali dalam satu minggu, tapi secara konsisten ya, supaya berat badan ideal yang anda impikan boleh direalisasikan.

Teh kayu manis secara semulajadi ia adalah rendah kalori dan membantu anda mengatur kadar gula dalam darah. Jika gula dalam darah anda seimbang, anda akan cenderung untuk memiliki nafsu makan yang tidak besar. Selain itu, teh kayu manis sebenarnya juga dapat membantu anda melancarkan sistem pencernaan.

 

sumber : diarikurus

Tinggalkan Komen

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: