Hampir semua kebanyakkan daripada kita pasti pernah dengar & menggunakan teknik ini untuk mengatasi masalah kulit muka, iaitu dengan menyapukan ubat gigi di kawasan kulit yang berjerawat.

Walaupun ianya mampu mengurangkan kulit muka berminyak, adakah ubat gigi ini merupakan suatu cara yang berkesan demi mendapatkan kulit muka yang licin, cantik dan bersih? Dan apakah kesan sampingannya?

MENGERINGKAN JERAWAT

Menurut, seorang pakar dermatologi di New York, Amerika, ubat gigi mengandungi bahan bahan seperti hidrogen peroksida, soda penaik, alcohol, minyak pati, menthol serta triklosan yang berfungsi mengeringkan jerawat dan anti-bacteria.

Walaubagaimanapun, beliau berkata bahawa kandungan bahan tersebut tidak dapat membuatkan penggunaan ubat gigi lebih berkesan berbanding dengan cara hilangkan jerawat yang konvensional.

GLYCOLIC ACID & SALICYLIC ACID

Pengeringan kulit muka yang dilakukan oleh ubat gigi selalu dilihat sebagai suatu yang baik. Sebenarnya, kesan tersebut mengakibatkan keradangan kulit yang melibatkan kemerahan merahan dan pengelupasan tidak normal disebabkan oleh kulit muka yang terlebih kering.

Mungkin ada di antara kita yang boleh menghilangkan jerawat dengan cara sebegini, tetapi ubat gigi bukanlah rawatan yang tepat & betul untuk kulit muka yang berjerawat. Bahan bahan yang sebenarnya boleh mengatasi masalah kulit muka adalah GLYCOLIC ACID & SALICYLIC ACID

Glycolic acid & Salicylic Acid ini adalah dua bahan yang sangat sesuai untuk kulit muka anda untuk menghilangkan jerawat di muka anda tanpa mengeringkan permukaan kulit anda dan juga dapat mengawal liang pori kulit muka anda dengan baik. Sumber Glycolic Acid & Salicylic Acid ini adalah daripada tumbuh tumbuhan.

Ubat gigi serta garam sodium bermanfaat untuk proses pengelupasan (eksfoliasi) yang boleh bikin jeragat menyusut.
Selain itu, garam bermanfaat juga untuk menghaluskan kulit. Dengan demikian, anda bakal memperoleh 2 manfaat sekaligus.
Cara pemakaian : 
 
  1. Campur 1 sudu teh garam serta 1 sudu teh ubat gigi mint
  2. Kacau sampai sekata
  3. Sapukan adukan tadi ke bahagian yang ada jeragat
  4. Biarkan selama 5 minit
  5. Tekan-tekan lembut dengan jari yang bersih
  6. Basuh dengan air hingga bersih
  7. Terakhir, tekan-tekan hidung anda dengan sudu dingin (sudu yang sudah dimasukkan dalam peti ais) bermanfaat menutup pori-pori kulit
  8. Kulit bakal terasa lebih lembut serta jeragat berkurangan

Ubat Gigi Dengan Putih Telur
Putih telur mengandungi tinggi protein, vitamin A, vitamin E, serta mineral. Putih telur sangat bermanfaat dalam mengurangkan jeragat yang melekat di hidung.
Langkah pemakaian :
 
  • Pecahkan 1 buah telur, serta ambil putih telurnya
  • Masukkan putih telur dalam mangkuk serta tambahkan ubat gigi mint secukupnya
  • Kacau sampai sekata
  • Sapukan dibagian hidung yang berjeragat
  • Tempatkan tisu diatas hidung yang sudah disapu kombinasi ubat gigi dan putih telur
  • Biarkan selama 15 minit
  • Cabut tisu dengan cara perlahan
  • Basuh dengan air sampai bersih

 

Ubat Gigi dengan Limau Nipis
Limau nipis kaya kandungan vitamin C yang dapat masuk ke pori-pori dan menolak keluar jeragat yang merosakkan kulit muka anda. Vitamin C juga bermanfaat dalam memperkecil pori-pori, mengurangkan penghasilan minyak berlebihan, dan mencerahkan kulit.
Langkah pemakaiannya : 
 
  • Campur 1 sudu teh air perahan limau nipis dengan ubat gigi
  • Kacau sampai sekata
  • Sapukan dibagian hidung yang berjeragat
  • Biarkan selama 15 minit
  • Tekan-tekan lembut dengan jari yang bersih
  • Bilas dengan air hingga bersih
  • Terakhir, tekan-tekan hidung anda dengan sudu dingin (sudu yang sudah dimasukkan dalam peti ais) bermanfaat menutup pori-pori kulit

Tinggalkan Komen

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara Ideaktiv Sdn Bhd • Dikendali Oleh Astro Group

error: