Bagai menjadi trend buat ibu bapa moden kini memberikan gajet kepada anak-anak untuk mengelakkan mereka merengek ketika memerlukan perhatian. Penggunaan gajet tanpa kawalan akan memberi kesan kepada urat saraf kanak-kanak kerana terdedah kepada cahaya berterusan. Saraf yang rosak akan mengakibatkan kesihatan mereka terganggu. Malah terdapat beberapa bukti pendedahan gajet terlalu awal menyebabkan pelbagai kesan sampingan seperti pembelajaran terjejas dan perubahan perlakuan.

Baru-baru ini isteri kepada penyanyi Lan Solo, Nur Sheila Hassim mendedahkan anak ketiga mereka Muhammad Akid Qassyaff, 3 tahun, nyaris mengalami keadaan sama akibat penggunaan gajet yang menyebabkan mata anakya tidak berhenti berkedip selain mengalami sakit kepala.

Sheila berkata, dia sangat bernasib baik kerana cepat menyedari perubahan anaknya itu dan mengambil tindakan segera bagi mengelakkan daripada kejadian tidak diingini.

Sebagai langkah berjaga-jaga, pasangan suami isteri ini bertindak menyimpan semua gajet dan tidak membenarkan Akid bermain dengan gajet tersebut.

“Akid mengamuk sepanjang hari sebab tak dapat gajet. Tapi kami kentalkan hati biar sampai dia lupa gajet”

Kesan daripada tindakan segera itu, keadaan Akid kembali pulih seperti sedia kala dan Akid juga sudah berjaya melupakan gajet hanya dalam masa seminggu saja.

Tambahnya lagi, kesan mata berkedip dan sakit kepala yang dialami Akid juga sudah hilang.

Alhamdulillah, nasib baik cepat perasan dan dapat diubati. Korang pun kena pastikan anak-anak tak bermain dengan gajet terlalu lama ya!

Berdasarkan kajian Akademi Pediatrik Amerika dan Persatuan Pediatrik Kanada berkenaan penggunaan teknologi mengikut umur, kanak-kanak berusia dua tahun tidak sepatutnya didedahkan dengan gajet, manakala penggunaan selama sejam sehari sahaja bagi kanak-kanak berusia tiga hingga lima tahun dan dua jam sehari bagi berusia enam hingga 18 tahun.

Jadi buat ibu bapa diluar sana, berhati-hati jika memberi gajet kepada anak jika mahu anak anda membesar dengan sihat dan sempuna.

Semoga bermanfaat kepda semua

Sumber : Instagram Shelarazlan

Tinggalkan Komen

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara Ideaktiv Sdn Bhd • Dikendali Oleh Astro Group

error: