Berpakaian kasual ke pejabat merupakan idaman setiap lapisan lelaki di luar sana. Menggayakan t-shirt dan seluar jeans menjadi idaman tak kira lelaki mahupun wanita. Namun, sudah menjadi resam dalam dunia korporat dimana seseorang harus mematuhi dress code yang telah diberikan agar setiap orang kelihatan kemas dan menarik.

 

Tahukah anda, bahawa tampak kemas dan teratur itu bukan terletak pada jenis fabrik pakaian mahupun jenama pakaian tersebut? Ia bergantung kepada mix and match yang anda padankan agar anda kelihatan menarik selama 8 jam tempoh bekerja.

 

Kasual dalam dunia korporat tidak boleh digunapakai, namun ada beberapa ciri yang menampakkan anda kekal formal walaupun padanan pakaian anda boleh diperagakan ketika anda membeli-belah di mall pada hujung minggu. Anda boleh mengenakan pakaian seperti baju berkolar dan seluar jeans sambil mengenakan blazer di bahagian luar. Ia akan menampakkan formality dan bergaya dalam pada masa yang sama. Kerana itu, smart-casual diperkenalkan.

 

Menjadi metroseksual bukan bererti anda seorang “gay” namun, ia menampakkan anda lebih bergaya dan tidak selebet ketika menghadiri mesyuarat bersama majikan. Ini antara tip yang boleh anda ikut untuk menampakkan anda seorang lelaki yang kemas. Tak adalah hari-hari jersey bola dan seluar jeans saja.

 

  • Pakaian dalam

 

Jika anda mempunyai keinginan untuk mengenakan kemeja, pilihlah kemeja yang berfabrik lembut dan sedikit kasual. Berkenaan warna, anda boleh memakai mengikut warna blazer ataupun denim jaket anda. Jika bahagian luar anda berwarna cerah, padankan dengan warna gelap agar anda tidak begitu silau pada mata umum. Tiada masalah untuk memakai t-shirt, namun ia mestilah t-shirt kosong yang tidak mempunyai corak.

Dinasihatkan agar anda memakai t-shirt yang tidak mempunyai kolar kerana padanan dengan blazer yang sudah mempunyai colar akan melengkapkan look anda. Jika anda memilih untuk memakai pakaian dalam yang berkolar, pilihlah sweater ataupun jaket yang tidak berkolar mengikut kesesuaian anda.

 

  • Pakaian luar

 

Ia bergantung kepada anda untuk memadankan pakaian luar ataupun tidak. Jika anda seorang yang gemar memakai blazer, cuba anda memakai blazer yang mempunyai warna yang rare. Sebagai contoh blazer bewarna hijau gelap, merah hati, kuling langsat, dan pink! Ini akan menampakkan anda lebih eligen dan menarik.

 

  • Seluar

 

Smart casual mengharamkan anda memakai semuar slek panjang. Ini bermakna jika anda ingin kelihatan casual, mengenakan seluar yang fit, potongan lurus dan sedikit singkat merupakan penggayaan wajib smart casual. Namun, bukan semua seluar boleh dikenakan di pejabat. Jika anda tidak berani, apa kata jika anda memilih seluar biasa, namun pastikan bahagian atas anda menarik. Warna? Ikut kesesuaian.

  • Kasut

 

Jika anda inginkan kelainan, pilih warna yang sedikit cerah. Coklat merupakan warna smart casual pilihan ramai. Anda boleh lihat beberapa koleksi Dr. Martin untuk dijadikan panduan.

 

Tinggalkan Komen

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara Ideaktiv Sdn Bhd • Dikendali Oleh Astro Group

error: