Jeans menjadi pakaian utama setiap orang pada masa kini. Tidak ada seorang pun manusia di dunia ini tidak mempunyai jeans di dalam almari pakaian mereka. Namun, ada yang melihat pemakaian denim dari bahagian pinggang ke buku lali ini satu pakaian yang boleh diambil mudah.

Seperti yang anda tahu, jeans terdapat dalam pelbagai bentuk potongan. Skinny, dimana potongannya ketat dan melekat pada kaki. Slim fit tidak terlalu ketat, tidak terlalu longgar. Lurus dari bahagian pinggul, sehinggalah ke kaki. Regular seluar jeans lurus dan normal. Awalan, jeans jenis ini sahaja yang ada di pasaran. Tidak mempunyai potongan tersendiri. Hanya lurus dari bahagian pinggang ke hujung kaki. Relaxed, seluar yang tidak mencengkam peha dan betis anda, kerana ia longgar dari bahagian pinggang sehingga bahagian kaki. Loose, seluar denim jenis ini sangat longgar. Seluar jeans ini biasanya gemar dipakai oleh lelaki muda yang gemarkan hip hop. Ia juga baik untuk mereka yang berbadan gempal kerana seluar jenis ini menyediakan banyak ruang di paha, kaki dan dan punggung. 

Selain memilih bentuk jenis jeans untuk kegunaan harian anda, dua pertimbangan penting lain untuk membeli seluar denim yang betul ialah jenis pinggang jeans dan saiz. jenis pinggang adalah ukuran dari kelangkang ke bahagian atas pinggang.

Ketahui jenis jeans anda 

  • High rise

Seluar jeans ini bagus untuk lelaki yang lebih besar. Elakkan diri dari tuck in kemeja anda dengan seluar jenis ini kerana ia tampak buruk. Keluasan seluar ini sehingga atas pusat.  

  • Medium or mid rise

Seluar jeans sedarhana ini sangat bagus untuk lelaki yang lebih suka tuck in baju ke dalam seluar mereka.

  • Low rise

Seluar jeans jenis ini biasanya lebih gemar dipakai oleh mereka yang ingin bersantai ataupun bercuti. Biasanya seluar ini mempunyai butang di bawah perut.

Tips!!!! Ukuran pada sepasang jeans merujuk kepada dua ukuran.
Contoh saiz – 27 × 34 . 27 merujuk kepada saiz pinggang.
34 merujuk kepada Panjang (pengukuran dari kelangkang ke pergelangan kaki)

Kesilapan Utama adalah memilih terlalu besar


Kebanyakan lelaki takut dengan pemakaian jeans terlalu ketat dan sendat. Mereka tidak mahu dilihat padat dan tidak selesa jadi mereka mengenakan seluar yang besar agar kelihatan selesa walaupun badan mereka kecil. Ia tidak akan kelihatan menarik kerana ia tidak menampakkan figura anda. Malah anda akan kelihatan lebih gemuk dari saiz badan sebenar anda. Jangan pula anda mengenakan jeans terlalu ketat sehingga menampakkan kemaluan anda, pakailah jeans mengikut ketinggan dan saiz pinggang anda, setiap jenama jeans contohnya GUESS, mempunyai cirinya yang tersendiri dan cutting yang sesuai untuk para lelaki mengikut bentuk badan.

 

Bagaimana Jeans Anda Harus Fit: Point by

Point

Menerusi  theessentialman.com seluar jeans anda hendaklah sesuai dengan pinggang anda tanpa memerlukan tali pinggang. Ia sepatutnya sesuai dengan badan anda tetapi tidaklah terlalu ketat sehingga menampakkan susuk badan anda.  Bagi kebanyakan orang, mereka lebih gemar memilih seluar yang tirus di bahagian kaki untuk mengelakkan kelihatan besar di bahagian pinggul. Imej di atas kiri adalah standard yang hebat untuk pemakaian jeans, walaupun anda mempunyai jenis badan berbeza-beza. Ia tidak terlalu ketat di mana anda dapat melihat bentuk bentuk kakinya. Ia tidak terlalu longgar di mana seluarnya tampak jatuh. 

Pemilihan jeans yang sesuai juga harus menitik beratkan kesesuaian pinggang yang tidak memerlukan anda untuk memakai tali pinggang.  Sekiranya anda memerlukan tali pinggang, bermakna ia terlalu besar dan jika anda tidak boleh butang seluar anda bermakna jelas ia terlalu ketat.

Bahagian pinggul perlu perlu fit dan mampat tanpa rasa ketat pada bahagian kemaluan anda. (Imej di atas, kanan) Jika anda tidak dapat mengangkat kaki atau kangkang dan cangkung bermakna ia terlalu ketat.

Bahagian paling sukar untuk ramai adalah bahagian peha. Untuk bahagian ini kami mencadangkan anda untuk melakukan ujian pinch dimana anda perlu berdiri dan cubit kain di bahagian peha anda dengan ibu jari dan jari telunjuk anda. Cubitan anda itu harus berukuran (.5 “-1”) kain. Kalau susah sangat nak tentukan, agakkan saja dengan cubitan tadi sehingga ia boleh ditarik sedikit. Barulah ia fit dengan peha anda.

 

Jeans sempurna untuk lelaki kurus

Lelaki yang langsing dari atas ke bawah. juga disebut sebagai ectomorphic, badan seperti ini sukar untuk mencari pakaian kerana ia mempunyai dada rata, bahu kecil dan otot-otot tanpa lemak. Jenis badan ini mempunyai metabolisme yang cepat dan berat badan sukar naik. Apa yang harus orang seperti ini pakai adalah seluar jeans yang rendah bahagian pinggang agar dapat memenuhi ruang pada pinggang anda. Elakkan diri dari memakai jeans terlalu longgar dan besar, Jangan juga memakai skinny jeans kerana ia akan menampakkan anda seperti lidi. Straight cut untuk orang seperti ini sangat sesuai. Kerana ia tidak terlalu kecil dan tidak terlalu besar.

 

Jeans untuk lelaki berotot

anda yang gemar ke gym pasti mempunyai otot yang besar dibahagian peha dan betis. Memakai straight cut jeans menjadikan jeans yang dikenakan itu seperti skinny jeans. Jadi kami mencadangkan anda untuk mengenakan jeans regular fit agar badan yang telah anda usahakan itu Nampak menarik apabila memakai jeans. Jenis jeans yang perlu anda elak adalah Boot cut jeans yang akan menjadikan badan anda Nampak besar dan buruk.

 

Jeans untuk lelaki berbadan besar

Jika anda mempunyai bentuk badan yang besar, terutama di bahagian perut, peha dan betis, kami sarankan anda agar mengenakan High rise jeans yang lebar pada bahagian betis. Ia lebih selesa dan tampak menarik bila anda berjalan. Loose fitting jeans adalah jeans paling terbaik untuk anda. Elakkan dari mengenakan skinny jeans kerana ia akan tampak buruk dan besar.

 

Sumber: www.realmenrealstyle.com & theessentialman.com

 

 

 

 

Tinggalkan Komen

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: