Cukup bulan je pasti ramai yang mengeluh apabila bil elektrik sampaikan? Untuk pengetahuan anda semua, ada banyak cara untuk kita jimat tenaga elektirk harian kita. Ini yang kami jumpa.

 

  1. Peralatan elektrik tukar pada perkakas yang ada Energy Star Rating.5 Star Rating ini bertindak sebagai barangan yang paling jimat penggunaan elektrik.

 

  1. Cabut soket dan tutup switch utama. Ini yang sering kita terlepas pandang, kebiasaannya pengguna yang tidak memakai perkakas elektrik pasti tidak akan padam switch utama. Sebagai contoh laptop anda, walaupun anda sudah matikan laptop, tenaga masih berjalan jika anda tidak cabut soket charger laptop anda.

  1. Penggunaan air-cond juga memainkan peranan penting. Selalu-selalulah bersihkan filter air-cond anda untuk mendapatkan kesejukkan yang lumayan. Lagi rendah suhu penghawa dingin anda, lagi banyak penggunaan tenaga rumah anda. Jika anda tidak menggunakannya lagi, sila padam switch utama air-cond anda. Serious jimat!

  1. Pengunaan mesin basuh juga perlu diambil kira. Kami tahu rakyat Malaysia rajin mengemas, namun jangan basuh baju jika mesin basuh anda belum penuh. Ini juga boleh menjimatkan bil elektrik anda.

 

  1. Kalau dah ada bajet nanti, bertukarlah kepada Saving Light Bulb macam LED. Mungkin harganya sedikit mahal dipasaran, namun ia dapat membantu anda mengurangkan jumlah bil elektrik. Mana anda nak, bil elektrik melambung tiap-tiap bulan atau beli bulb yang harganya sedikit mahal? Fikir-fikirkan.

 

  1. Kami pasti kebanyakkan rumah anda sudah mempunyai Water Heater. Kalau boleh anda dinasihatkan untuk memakai instant water heater. Menurut kajian sumber air panas tangki akan mengakibatkan penggunaan elektrik yang banyak. Almaklumlah tangki ni besar, jadi ambil tenaga yang banyak.

 

Jadi bagaimana? Dah sedia nak ringankan beban bayaran bil elektrik anda yang melambung tu?

 

 

Tinggalkan Komen

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: