Ramai yang mengidamkan untuk memakai denim di pejabat. Dahulu, sektor korporat menumpukan etika pemakaian kepada seluar slack dan kemeja di pejabat, namun hari ini kebanyakan syarikat telah melonggarkan etika pemakaian di tempat kerja dengan mengizinkan pekerja memakai jeans dan t-shirt berkolar. Mungkin bukan setiap hari, tapi kebebasan berpakaian selalunya diberikan pada hari jumaat.

Jika begitu, adakah anda boleh memakai jeans mengikut cara pemakaian anda di hujung minggu? Padanan jeans ketika di pejabat buat lelaki bekerjaya juga ada etikanya.

 

Mix and Match

 

Sekiranya anda ingin memakai seluar jeans ke pejabat, ingatlah bahawa anda perlu mix and match dengan baik.

Lumrah seluar jenis denim ini bersifat kasual, kerana itu jika anda salah mengenakan padanan, ia akan kelihatan kolot dan malas. Menerusi artikel 6 Tip Pemilihan Jenis Jeans Mengikut Saiz Badan Anda memakai jeans menepati pinggang anda amat diutamakan. Padankan dengan tali pinggang yang cantik sebagai hiasan, dan tuck-in baju berkolar anda agar tampak kemas. Kerana itu sesetengah syarikat mengenakan etika pemakaian jeans hanya boleh disesuaikan dengan t-shirt berkolar.

Namun, bagi lelaki yang gemar berfesyen, memakai t-shirt berkolar dan tuck-in di dalam denim anda tidak dikategorikan sebagai style, maka anda boleh mengenakan jaket ringan yang bersesuaian untuk dijadikan outer agar anda kelihatan style dan kemas. Sesetengah lebih gemar memakai blazer dan t-shirt di dalam untuk tampil formal, ada segelintir lagi hanya jaket kasual dan t-shirt di dalam cukup untuk menunjukkan anda kemas.

 

 

Pilihan warna dan corak

 

Ia bergantung kepada warna jeans anda. Putih merupakan warna paling selamat dan formal untuk kegunaan pejabat. Namun, sedikit corak pada baju anda juga tidak mendatangkan sebarang masalah. Cuma, anda perlu ingat, etika berpakaian korporat selalunya berwarna kosong dan tidak terlalu menjolok mata. Jika anda mengenakan outer, bijak bermain dengan warna dan tidak memilih lebih daripada 3 warna.

AMARAN KERAS! : Jangan sesekali mengenakan kombinasi jeans dan tali leher bagi mereka yang gemar pada kekemasan. Ia akan dianggap menghina etika pemakaian di pejabat, walaupun anda seorang fashionista!

Tinggalkan Komen

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: