Anda pasti akan capai satu situasi dimana anda akan berhadap dengan berat badan plateau atau ketika ini berat badan anda tidak boleh turun sehingga beberapa tempoh. Perut merupakan bahagian badan yang paling susah untuk lemaknya dihapuskam. Pada saat ini, ada antara anda pasti sudah menyerah kalah dan tidak mahu meneruskan diet anda. Sains dirujuk sebagai satu perkara yang boleh anda jadikan panduan agar secara teorinya dapat dizahirkan dan anda akan mendapat manfaat melaluinya.

Duit sebagai ganjaran

 

Jika anda perhatikan corak perjalanan diet hari ini, kebanyakan program diet yang memberi hadiah berupa wang tunai sering menjadi ikutan. Ini kerana mereka yang sedang cuba untuk menurunkan berat badan akan menjadikan wang tunai sebagai habuan untuk mereka menurunkan berat badan. Namun, bukan semua individu yang masuk ke dalam program seperti ini berniat untuk menang, sesetengah daripadanya tidak mendapat pulangan pun. Ia hanya untuk membakar semangat agar anda akan terus mara kehadapan. Sains mendapati permainan minda ini sebenarnya untuk mengembalikan mind set anda agar fokus anda tidak lari.

 

Bersenam secara berpasukan

Berjuang untuk kurus dan menghilangkan lemak perut bukan satu perkara yang mudah! Satu kajian yang dijalankan oleh penyelidik di Brown University menyatakan bahawa penurunan berat badan lebih berkesan jika seseorang mendapat sokongan positif dari rakan sebaya. Dalam kajian yang dijalankan di Eropah, mereka yang berjaya menurunkan berat badan biasanya dari kalangan mereka yang berada di dalam 1 kumpulan. Disini, rakan-rakan seperjuangan bersifat memberi sokongan antara satu sama lain agar goal bisa tercapai.  Berbeza jika anda melakukan senaman sendirian, fokus anda akan terganggu dan matlamat anda akan tersasar. Jadi, bersenam dalam pasukan, agar mendapat result lumayan!

 

Makan mengikut portion

Ramai yang menyangkakan bahawa makan mengikut sukatan dianggap seperti memalukan. Ini permainan minda, merancang sesuatu bukanlah satu perkara yang memalukan, bahkan ia sesuatu yang bagus kerana ia menunjukkan bahawa anda seorang yang cekal terhadap goal anda. Sukatan pemakanan membantu anda untuk makan dengan teratur dan mendisiplinkan anda. Jadi, anda tidak akan silap dalam mejaga kalori harian anda. Jika anda kerap lakukan ini, result anda akan lebih dari apa yang anda harapkan.

 

Jangan skip meal anda 

Skip meal anda akan menjadikan berat badan anda akan naik secara mendadak. Ramai yang beranggapan kurang makan dapat menurunkan berat badan. Ramai yang skip meal menghadapi masalah tidak dapat menurunkan berat badan. Tambahan lagi, jika anda menahan diri dari lapar bukan hanya menjadikan berat badan anda naik, malah anda juga anda menghadapi kemurungan. Jadi jangan tahan lapar.

 

 

 

Tinggalkan Komen

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: