Ramai yang nak cantik seperti Maghan Markle yang merupakan mantan selebriti Hollywood yang kini adalah suri rumah sepenuh masa kepada Putera Harry, Putera yang berasal dari England itu. Mei lalu, seluruh dunia telah menyaksikan upacara perkahwinan diraja yang serba gemilang dan penuh dengan adat istiadat.

Tidak terkecuali juga mereka yang iri hati terhadap bentuk badan wanita yang sudah mendapat gelaran Duchess of Sussex dilihat mempunyai bentuk badan yang sangat menarik dan anggun ketika memakai gaun putih pada majlis perkahwinannya itu. Kami terkejut dengan cara diet yang diamalkan oleh Maghan Markle ini yang tidak memerlukan ‘effort’ yang lebih. Menerusi temu bual beliau dengan media British, ini antara menu makanan yang diamalkan. Lelaki juga layak untuk meniru makanan ini kerana ia tidak tertumpu kepada wanita sahaja.

 

  • Air suam dan lemon

Markle memulakan paginya dengan segelas air suam yang diletakkan sehiris lemon di dalamnya. Wanita ini bangun sekitar 4.15 pagi hampir setiap hari kerana tugasnya sebagai keluarga diraja dan untuk mendapatkan tenaga yang cukup, beliau mengambil segelas air ini untuk kelihatan segar sepanjang hari.

 

  • Steel-Cut Oats With Bananas and Agave Syrup

Anda boleh makan makanan lain dari oats ini, namun jika anda obses dengan diet yang diamalkan oleh Maghan, maka anda boleh cuba makanan ini. Biasanya Maghan mengambil ini setelah siap dari berpakaian untuk bersarapan pagi dengan keluarganya, menurut temu bual bersama media British. Oleh kerana jadualnya yang sibuk, makanan ini dianggap mudah untuk disediakan dan ini akan menjimatkan masa beliau.

 

  • Daily Green Juice

 

Sama dengan Martha Stewart, Markle juga merupakan peminat besar green juice yang diambil hampir 3 cawan sehari bergantung kepada keinginannya. Jus ini disifatkan sebagai snek hariannya jika dia berasa lapar ketika sedang sibuk dengan kegiatan harian. Jika orang ramai membawa kopi kemana-mana, Maghan mengambil Green jus ini sebagai penganti kopi. Maghan turut memberitahu media bahawa dia sering mengambil green juice atau Kombucha kerana menurutnya ia adalah sumber tenaga semulajadi yang sangat baik. Cara hidangan: 

1 1/2 cawan air.
2 cawan kale.
2 epal hijau, kacau.
Daun 1/2 cawan pasli.
1 medium timun, bersaiz.
2 tangkai sederi,  dicincang.
Sekeping halia 1 (1 inci), dikupas.
2 buah lemon, perah jusnya.

 

  • Roast Chicken

Kita semua tahu bagaimana ayam panggang menjadi detik pertunangan antara Putera Harry dan Meghan Markle, jadi tidak hairanlah bahawa ayam panggang adalah salah satu kegemaran Markle. Markle memberitahu Good Housekeeping pada tahun 2016 bahawa salah satu resipi ayam kegemarannya adalah dari Ina Garten.

  • Badam yang sangat banyak!

Menyentuh kepada makanan ringan, almond dan mentega badam adalah pilihan pertama Markle, menurut The Daily Meal. Ramai yang telah menjadikan makanan ini sebahagian dari kehidupan  memandangkan lemak yang terkandung dalam badam dan mentega badam adalah sihat dan protein berasaskan tumbuhan yang lebih baik untuk anda.

Tinggalkan Komen

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara Ideaktiv Sdn Bhd • Dikendali Oleh Astro Group

error: