Hai, lunch makan apa? Ada yang makan salad sahaja ke? Salad sesuai untuk orang-orang yang sedang berdiet kerana mengandungi serat (fiber) yang tinggi. Lagipun ketika berdiet memang amat kita digalakkan agar mengambil makanan yang sihat dan seimbang. Salah satu makanan yang yang biasa dimakan orang-orang yang sedang berdiet adalah salad. Ya, dalam semangkuk salad, semua keperluan nutrisi sudah mencukupi. Namun begitu, benarkah dakwaan bahawa berdiet dengan salad merupakan antara makanan yang sesuai, sihat dan seimbang?

Tapi awas! Baru-baru ini Laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan produk Iceberg Lettuce (sejenis salad) berjenama Vege 2 Fresh dicemari bahan kimia Fipronil. Berikutan daripada itu, jualan produk ini telah diarahkan untuk dihentikan serta merta. Bahkan Singapura juga telah mengarahkan produk salad berjenama Pasar dan Iceberg keluaran Malaysia ditarik balik dari pasaran negara tersebut selepas mendapati bahan kimia fipronil telah mencemari produk berkenaan. Hasil analisis mendapati 97 (1.8%) sampel dikesan mengandungi residu racun perosak melebihi kadar maksimum yang dibenarkan dan tindakan penguatkuasaan telah dijalankan.

Fakta Bahan Kimia Fipronil

Fipronil adalah sejens racun serangga biasanya digunakan ke atas haiwan untuk mengatasi masalah kutu dan hama. Fipronil adalah serbuk berwarna putih dengan bau yang kurang enak. Fipronil terdapat dalam pelbagai produk racun untuk mengawal serangga di dalam rumah atau digunakan dalam industri pertanian.

Bahaya Jika Mengambilnya…

Seseorang mungkin diracuni fipronil melalui sentuhan langsung kulit atau mata, bernafas udara atau memakan makanan (sayur-sayuran seperti salad) mengandungi fipronil. Pengambilan fipronil pada paras tinggi dalam jangka pendek boleh menyebabkan berpeluh, loya, muntah, sakit kepala, sakit perut, pening, resah, lemah dan kekejangan.

 

Tinggalkan Komen

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara Ideaktiv Sdn Bhd • Dikendali Oleh Astro Group

error: