Bell & Ross telah melancarkan BR-X1 Military sebuah jam tangan yang bertaraf mewah dengan estetik yang direka buat pejuang pesawat udara dengan bentuk matte khaki ketahanan tinggi titanium (HRT) dan paparan ultra-hijau. Sentiasa satu langkah kehadapan dari segi kemajuan teknikal, terutamanya inovasi, Bell & Ross merupakan jam tangan yang  ringan dan memiliki bahan tahan lama untuk hipersonik BR-X1, Titanium Rintangan Tinggi (HRT).

Bahan ini diperoleh dengan penggunaan proses baru yang mana mengubah titanium, menjadikannya lebih keras dan bagus untuk mereka yang gemar dengan aktiviti lasak.

Dengan bentuk sporty, BR-X1 Military mampu menambat hati penggemar koleksi jam tangan yang diserikan dengan perisai penuh pada permukaan jam juga serba canggih. Ia juga dilindungi dengan kerangka yang tahan lasak, menjadikan si pemakai boleh melakukan aktiviti lasak kerana ia mempunyai taya tahan yang kuat.

Pada bahagian atas permukaan jam tangan ini mempunyai bentuk X dimana ia mempunyai DLC hitam (Diamond-Like Salutan karbon), adalah bentuk rasmi Bell & Ross. Tali pada jam tangan yang melingkari pergelangan tangan anda dimuatkan dengan Titanium Rintangan Tinggi (HRT) yang mengagumkan.

 

 

Tinggalkan Komen

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara Ideaktiv Sdn Bhd • Dikendali Oleh Astro Group

error: