Mungkin ada dalam kalangan anda yang tahu akan Shopee sebuah platform e-Dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan. Platform ini direka khusus untuk rantau ini, memberikan pengguna pengalaman membeli-belah yang mudah, selamat dan cepat dengan sokongan pembayaran dan logistik yang kukuh.

Oktober lepas, Shopee, telah melancarkan sebuah portal dalam aplikasi Shopee Mall, membabitkan lebih 300 jenama dan pengedar rasmi. Portal yang menawarkan barangan 100% tulen dengan jaminan pulangan wang 2x, dasar pemulangan barangan15 hari dan penghantaran percuma seluruh negara telah diperkenalkan dengan tujuan untuk meningkatkan tahap keyakinan pembeli dalam talian.

 

Shopee Mall telah mencatatkan pertumbuhan dalam semua kategori runcit, dengan sokongan daripada jenama elektronik utama seperti Xiaomi dan Lenovo, jenama fesyen terkemuka seperti Poplook dan Voir, serta produk penjagaan kecantikan kegemaran ramai – NYX dan Beiersdorf. Dalam usaha untuk mempelbagaikan tawaran, pengguna juga boleh membeli produk seperti minyak pelincir enjin daripada gedung rasmi Shell, tiket perlawanan bola sepak daripada gedung rasmi Liga Bola Sepak Malaysia dan juga membeli barangan keperluan rumah di Shopee Mall daripada jenama seperti Giant dan Mydin.

Kunjungi https://mall.shopee.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Pesta Jenama Hebat Shopee. Muat turun aplikasi Shopee percuma menerusi Apple App Store atau Google Play Store.

Tinggalkan Komen

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara Ideaktiv Sdn Bhd • Dikendali Oleh Astro Group

error: