5 Tip Jaga Pisau Cukur Agar Lebih Tahan Lama, Mudah Saja Caranya!

699

Sebagai seorang lelaki rasanya mustahil kalau anda tak memiliki walapun satu pisau cukur di rumah. Mungkin bagi orang yang menyimpan jambang atau misai tak perlu sangat tapi tahukah anda pisau cukur juga digunakan untuk membantu anda buang bulu-bulu lain di badan?

Okay untuk periha itu kita cerita lain hari. Kali ini MASKULIN ingin kongsikan tip bagaimana anda boleh buat pisau cukur lebih tahan lama, sentiasa tajam dan paling penting boleh digunakan lebih panjang usianya.

Ada orang gemar pakai pisau cukur yang murah dan pakai buang. Ada juga yang lebih teliti dan mementingkan ketajaman serta kualiti. Bagi MASKULIN sendiri sebaiknya anda pilihlah pisau cukur yang berkualiti. Selain diperbuat daripada bahan tahan lasak ia juga membolehkan anda untuk menukar pisau pencukur.

Jom ikuti 5 tip mudah untuk anda jaga pisau cukur agar sentiasa dalam keadaan terbaik.

GUNA KRIM PENCUKUR

Menggunakan krimpencukur bukan sahaja boleh memberikan kesan cukuran yang lebih baik serta menegurangkan risiko cedera tetapi mampu menjamin pisau cukur lebih tahan lama. Pisau cukur yang digunakan ke atas permukaan wajah berserta krim akan menjadi lebih tahan lama kerana kesan cukurannya jauh lebih baik berbanding biasa.

BACA: Tip Bercukur Khusus Buat Lelaki Bergaya, Barulah Sentiasa Kacak

BERSIHKAN PERMUKAAN WAJAH

Sebaiknya bersihkanlah dahulu permukaan wajah anda sebelum mula bercukur. Jangan biarkan pisau cukur digunakan begitu sahaja di atas permukaan wajah yang kering. Selain ia boleh mendatangkan rasa sakit dan tak selesa, mata pisau cukur juga boleh menjadik tumpul. Selepas digunakan pastikan anda membersihkan pisau cukur dan buang bulu-bulu yang melekat di celah mata pisau.

KERINGKAN SELEPAS GUNA

Selepas membersihkan pisau cukur jangan pula anda lupa untuk mengeringkannya. Air paip boleh menyebabkan pisau berkarat dengan lebih cepat jika pisau cukur dibiarkan basah begitu. Selepas guna lap pisau cukur sebaiknya keringkan di kawasan yang sesuai.

JAUHI KAWASAN LEMBAP

Kombinasi lembab dan pisau cukur memang mudah membuatkannya berkarat dengan cepat, Jangan simpan pisau cukur di kawasan yang dekat dengan tempat anda menyimpan sabun. Simpanlah di dalam almari kecik peralatan bilik mandi yang bebas dari air dan kelembapan.

TAJAMKAN DENGAN SELUAR JEAN

Cara DIY untuk memastikan pisau cukur sentiasa tajam ialah dengan menggunakan seluar jean terpakai. Letakkan pisau cukur di atas jens dan gerakkannya naik turun seperti anda melakukan proses bercukur. Ulang langkah ini setiap kali rasa pisau semakin tumpul.

Selamat mencuba!