Selalunya mesti kita berfikir lelaki kurus lebih senang untuk shopping dan dress up sebab senang nak muat pakaian kan.
Tapi sebenarnya sangkaan itu kurang tepat ini kerana lelaki kurus banyak juga cabaran dalam berfesyen ni.
Jadi maskulin kongsikan tip berfesyen untuk lelaki kurus supaya tampak stylo di musim perayaan nanti. Check this out!
1. Jangan pakai pakaian yang terlalu ketat (fit)
Sudahlah berbadan kurus, mengenakan pakaian “fit” pula, kamu akan berasa selesa tetapi dari pandangan mata awam, kamu akan dilihat seperti “tengkorak” atau diumpamakan seperti “belalang” dan kamu juga akan kelihatan tidak seperti lelaki yang mempunyai ciri-ciri pelindung kepada seorang wanita.
IKLAN
2. Pilih pakaian berwarna putih di samping grafik warna atau corak
Ini dapat membuatkan tubuh keding tidak ditonjolkan kerana jika kamu memakai t-shirt contohnya, warna putih disamping grafik yang berwarna lain ia dapat mengalihkan pandangan orang ramai terhadap kamu dan kombinasi warna putih dan warna lain membantu membuat kamu kelihatan sedikit berisi.
IKLAN
3. Elakkan pakai pakaian tak berkolar
Selalunya lelaki berbadan kurus ini memiliki leher panjang, justeru itu elakkan memakai tak berkolar kerana ia akan membuatkan kamu kelihatan lebih kurus sebaiknya pilihlah T-Shirt yang berkolar kerana ia membantu menampakkan dada kamu kelihatan lebih bidang dan tegap.
IKLAN
4. Seluar jeans
Tentang seluar jeans pula, pilihlah yang tidak terlalu longgar sebolehnya biar nampak selari dengan peha dan kaki, kerana jika terlalu longgar atau besar seluar jeans yang dipakai itu hilang cirinya. Jangan pakai sampai terlondeh pula ye!
5. Gaya rambut
Antara yang perlu dititikberatkan dan elakkan memotong rambut terlalu pendek mahupun botak kerana penampilan sedemikian akan menampakkan anda kelihatan lebih kurus
Sebolehnya biarlah rambut berpotongan sederhana untuk mengimbangi bentuk muka yang kecil ataupun dengan tampilan fesyen rambut sedikit “spiky”. Bagi yang suka menyimpan rambut pula, lebih elok potong rambut bagi selari dengan bentuk muka. Jika rambut lebih tebal atau besar ia akan meneggelamkan muka kamu dan membuat orang ramai nampak seperti ‘batang mancis’.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Keberkatan rezeki antara perkara utama yang mesti dan perlu dititikberatkan dalam hidup. Rezeki bukan sekadar wang, harta, makanan dan minuman. Sebaliknya jodoh, anak, pangkat, nama baik, kedudukan dan sebagainya juga boleh disebut sebagai rezeki. Namun, dalam artikel ini saya merujuk rezeki pada pendapatan yang kita peroleh sama ada dengan bekerja sendiri, mengambil upah atau makan gaji.
Rezeki yang dicari dan diusahakan itu pula dibuat belanja untuk beli makanan atau bagi yang sudah berkeluarga dibawa pulang ke rumah untuk diberi makan anak isteri. Ada orang memandang ringan isu keberkatan rezeki ini. Pada mereka ia hanya isu kecil yang tidak perlu diperbesarkan. Mereka tidak sedar wujudnya hubungan langsung antara keberkatan rezeki dan setiap aspek kehidupan kita.
1. Sering bergaduh. Usahlah bergaduh sesama suami isteri, lagi-lagi perihal duit. Berbincang dan cari persefahaman. Bila pasangan tidak redha antara satu sama lain, di situlah rezeki akan disekat…
2. Merungut dan merasa anak-anak sebagai beban.
Berikanlah kasih sayang kepada anak-anak kerana setiap anak adalah rezeki ALLAH Ta’ala. Namun ibu dan bapa juga perlu mengusahakan rezeki untuk anak-anak tanpa merungut dan rasa terbeban.
3. Selalu mengeluh sesama suami isteri dengan apa yang tidak dimiliki. Kurangkan mengeluh dan banyakkan bersyukur dengan apa yang dimiliki tidak kira banyak atau sedikit kerana syukur itu adalah kunci kepada rezeki yang melimpah ruah…
4. Lokek dengan pasangan dan anak-anak.
Jangan terlalu berkira-kira untuk mempermudahkan hal yang baik sekeluarga. Perlu ada tolak ansur dan dan faham sesama pasangan kerana rezeki yang ALLAH Ta’ala beri adalah untuk dikongsi bersama.
5. Gagal mengawal emosi dan amarah. Jangan meninggikan suara dan gunakan kata-kata yang baik sahaja bersama suami, isteri dan juga anak-anak. Buangkan cara menakut-nakutkan ahli keluarga dan tanamkan layanan yang penuh mesra.
6. Kurang sabar.
Bersabarlah dalam menangani karenah suami, isteri dan anak-anak. Adakalanya sesuatu itu kita tidak suka. Tetapi, tetap perlu bersabar dan fahami keadaan pasangan dan anak. Nasihat dan cari penyelesaian secara baik. Banyakkan bersabar kerana sabar itu duit…
7. Kurang berdoa dan kurangnya bertakwa pada ALLAH. Sentiasalah mendoakan yang baik-baik untuk suami, isteri dan anak-anak. Sentiasa ingatkan mereka dalam doa dan juga sepanjang hari kerana kuasa doa itu adalah luar biasa. Bertakwa dan bertawakal lah pada ALLAH. insya ALLAH
Ada beberapa sebab yang boleh menyebabkan rezeki tidak berkat. Pertama adalah yang kita nampak akan hukumnya dalam Islam iaitu rezeki yang datang daripada sumber pendapatan yang haram seperti berjudi, rasuah, mencuri, menipu dan seumpamanya.
Tidak kurang juga bahayanya adalah apabila kita tidak menyedari bahawa secara halus rezeki itu boleh hilang keberkatan apabila kita yang dibayar upah atau digajikan untuk melakukan sesuatu pekerjaan atau memikul sesuatu tugasan tetapi tidak melakukannya dengan bersungguh-sungguh atau melakukannya dengan tidak sempurna.
Lazimnya ia berlaku di tempat kerja seperti curi tulang, datang lewat, malas, menipu majikan, kerja tidak bersungguh-sungguh, melakukan kerja lain dalam waktu bekerja, tidak serius ketika bekerja, dengki, iri hati dan seumpamanya.
Minggu lalu ketika bertemu dengan seorang teman, beliau sempat meluahkan rasa kecewanya terhadap hasil kerja seorang tukang rumah yang dipanggil untuk membetulkan lampu dan memasang langsir di rumahnya.
“Bila nak caj, laju je letak harga. Bukan main mahal pulak tu, nak kurang sikit pun tak boleh. Tapi kerja buat cincai je. Tak sempat aku nak gantung langsir dah tercabut relnya. Nak panggil datang balik betulkan semula, memang susahlah.”
Ini perkara yang perlu kita muhasabah dalam kehidupan setiap hari. Adakah caj bayaran atau gaji yang kita terima setimpal dengan kerja yang kita lakukan? Adakah hasil kerja yang kita lakukan seperti apa yang orang atau majikan harapkan?
Persoalan lebih utama adalah, adakah berkat hasil wang daripada upah atau gaji yang kita terima? Oleh itu eloklah dalam artikel kali ini kita lihat apakah antara tanda keberkatan rezeki bagi membolehkan kita sama-sama melakukan audit diri atau muhasabah.
1. Hati semakin dekat dengan Allah dan jiwa tenang
Tanda yang pertama rezeki itu berkat ialah hati semakin dekat dengan Allah. Kita bukan sahaja menjaga solat lima waktu sebaliknya ditambah dengan amalan sunat. Mulut juga sentiasa berzikir dan suka pula membaca dan menelaah al-Quran.
2. Pemurah
Kita mudah untuk memberi sedekah dan menunaikan zakat. Tidak lokek untuk berkongsi rezeki sesama manusia bahkan juga sesama haiwan.
3. Jauh daripada bala bencana
Allah menarik sebahagian rezeki itu dengan pelbagai ujian dan masalah dalam hidup yang datang bertimpa-timpa seolah-olah kita memang bernasib malang. Bulan ini duit hilang, bulan depan kereta pula dipecah orang.
Wang gaji pula tak tahu ke mana perginya. Tak nampak apa yang dibeli, tiba-tiba poket kering sehingga terpaksa meminjam. Kalau begitulah keadaannya maka eloklah kita audit gaji yang diterima setiap bulan sebab bimbang jika ia punca kepada segala masalah berkenaan.
4. Keluarga harmoni dan anak cemerlang
Wang kadangkala tidak menjadi pengukur kebahagiaan sesebuah institusi keluarga. Wang yang banyak belum tentu menjamin kebahagiaan sesebuah keluarga.
Apa yang penting adalah keberkatan wang yang diperoleh. Rezeki yang berkat walaupun tidak banyak akan membahagiakan keluarga dengan rahmat Allah SWT.
SUMBER : Olahan Dari Rahsia Perkahwinan
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Seluruh dunia kini berada dalam keadaan yang sangat berjaga-jaga susulan kemunculan varian ‘Omicron’ yang telah melanda dan mengakibatkan ‘gelombang’ baharu Covid-19 di beberapa buah negara.
Kebimbangan terhadap varian ‘Omicron’ yang dilaporkan lebih mudah merebak berbanding varian terdahulu menyaksikan program vaksinasi dis penggalak telah dijalankan dengan sangat rancan termasuklah negara kita.
Setakat ini negara kita masih lagi mampu mengawal penularan dan kes Omicron yang dilaporkan tidaklah terlalu tinggi berbanding beberapa negara lain seperti di Amerika Syarikat, Eropah dan di benua Afrika.
Terkini dilaporkan muncul lagi varian yang baharu dikesan oleh para saintis di Cyprus. Mereka mendakwa telah menemui varian baharu yang merupakan sejenis mutasi dan gabungan dari varian Delta dan Omicron. Ia kini digelar sebagai ‘Deltacron’.
GABUNGAN DUA VARIAN
Memetik laporan Bloomberg, Profesor Sains Biologi Universiti Cyprus, Leondios Kostrikis memberitahu Sigma TV, terdapat jangkitan yang menggabungkan varian Omicron dan Delta.
Setakat laporan tersebut dikeluarkan, para saintis di Makmal Bioteknologi dan Virologi Molekul telah beraya mengesan seramai 25 individu yang dijangkiti oleh varian tersebut.
Selain itu, mereka turut mendapati varian tersebut lebih mudah menjangkiti individu yang sedang dirawat di hospital.
Jujukan 25 kes Deltacron sudah dihantar ke Inisiatif Global mengenai Perkongsian Semua Data Influenza (GISAID), pangkalan data antarabangsa yang menjejaki perubahan dalam virus, pada 7 Januari.
“Kami sedang mengkaji adakah varian ini lebih mudah berjangkit berbanding varian yang ada ketika ini,” katanya.
Para saintis turut melaporkan dua simptom berbeza yang ditunjukkan pesakit iaitu konjunktivitis atau ‘pink eye’ dan keguguran rambut.
Buat pengetahuan anda, virus melakukan mutasi untuk kelangsungan hidup bukan untuk membunuh dan ia cuba menyesuaikan diri dengan tubuh manusia.
Sehingga kini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menyenaraikan lima varian yang perlu diperhatikan (VOC) iaitu;
Alpha (B.1.1.7)
Beta (B.1.351)
Gamma (P1)
Delta (B.1.617.2)
Omicron (B.1.1.529)
Jangan lupa untuk subscribe channel Telegram MASKULIN untuk update yang paling terkini!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Menjelang tahun baharu, pastinya ramai yang berkobar-kobar mahu melangkah ke tahun seterusnya dengan azam baharu.
Namun persoalannya, adakah azam tahun ini sudah berjaya dicapai?
Jika tidak, adakah azam yang tidak tercapai itu dibawa ke tahun hadapan pula?
Lalu timbul persoalan lain pula, sudah berapa kali azam itu dibawa ke tahun seterusnya?
Kali ini, MASKULIN kongsikan beberapa tips untuk membantu anda mencapai azam anda agar ianya tidak di ‘kitar semula’ untuk tahun berikutnya.
Jangan Berangan Terlalu Tinggi
Tidak salah berangan-angan kerana ia boleh menjadi nyata. Namun angan-angan yang terlalu tinggi boleh menjadi sesuatu yang mustahil.
Katakanlah anda adalah seorang lepasan sekolah tanpa simpanan wang pada tahun ini. Anda mempunyai impian untuk menjadi seorang jutawan. Adakah impian itu mampu dicapai dalam jangka masa setahun?
Dalam memasang impian, ukurlah baju di badan sendiri. Jika anda menetapkan impian yang tidak realisitik, lebih tinggi keberangkalian anda untuk gagal. Bila sudah gagal, anda juga yang kecewa dan hilang semanagat bukan?
Jangan Tunggu 1hb Januari
Memang ia dikenali sebagai “azam tahun baharu”, tapi perlukah anda menunggu tahun baharu untuk memulakan langkah pertama?
Setiap azam sudah dipasang menjelang tahun baharu. Oleh itu, bukankah lebih baik jika anda sudah memulakan langkah seawal mungkin.
Setidak-tidaknya, anda sudah tidak perlu ‘bertatih’ lagi apabila tahun baharu tiba.
Contohnya, jika anda berazam untuk bersenam demi menurunkan berat badan pada tahun hadapan, laksanakan terus senaman itu walaupun masih berbaki beberapa minggu sebelum tahun baharu.
Apabila sudah tiba 1hb Januari, impian anda lebih mudah untuk dilaksanakan kerana anda sudah pun membina stamina dan tabiat tersebut.
Percayalah, jika anda menangguhkannya sekarang, lebih tinggi keberangkalian untuk anda menangguhkannya lagi.
Jangan Fikir Setahun Itu Lama
Ramai yang sering ‘mengitar semula’ azam mereka kerana tidak sedar yang waktu semakin berlalu hingga akhirnya, penghujung tahun sudah tiba.
Penting untuk anda sedar yang waktu berlalu pantas dan tempoh setahun boleh berlalu tanpa kita sedari.
Jika anda fikir yang tempoh setahun itu adalah lama, lebih kerap anda menangguhkan kerja-kerja untuk mencapai matlamat anda.
Ingat, masa itu tidak boleh diganti. Amatlah rugi jika kita membiarkan ianya berlalu begitu sahaja tanpa memanfaatkannya.
Bak kata pepatah Arab, “Masa itu ibarat pedang. Jika anda tidak memotongnya, ia akan memotong anda”.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
“3 rakyat Malaysia cipta teknologi pengecasan tanpa wayar di angkasa, bulan”, itulah tajuk utama laporan media tempatan yang membawa nama mereka menjadi sebutan dan meraih perhatian MASKULIN kali ini.