8 Manfaat Cium Isteri Setiap Hari, Sihatkan Jantung Salah Satunya!

135

Bagi individu yang sudah berkahwin, saat bermesra bersama pasangan seperti cium isteri adalah waktu yang paling indah dan sangat menyenangkan.

Tidak perlu terlalu jauh sehingga ke hubungan kelamin, cukuplah sekadar dapat mencium isteri setiap hari pun sudah memadai.

Tidak kiralah mencium bibir sang isteri yang seksi itu atau kucup kening, dahi atau pipinya, denyutan jantung anda dan isteri akan berdegup laju.

Aktiviti ini sekali gus menjadikan pasangan suami isteri yang gemar bercium antara satu sama lain ini, tubuh badannya lebih sihat.

Sekiranya anda yang kurang bercium atau sudah lama tidak menyentuh pasangan, kesihatan dalaman anda pasti kurang baik kerana tidak menikmati manfaat seperti :

1. Membakar kalori

Ciuman mesra di antara suami dan isteri mampu membakar kalori dalam tubuh. Mungkin ramai yang tidak percaya tetapi ketahuilah, seminit anda mencium isteri anda, sebanyak 6 kalori akan terhapus.

Berbanding anda berlari di atas treadmill, anda terpaksa berpenat lelah untuk menghilangkan 11 kalori dalam satu minit. Tetapi kalau bercium ini, buat sahaja di mana-mana tempat yang anda rasa selesa.

2. Menghilangkan stres

Wanita kebanyakannya mudah terdedah kepada stres. Mungkin kerana faktor kerja, penat atau suasana sekeliling. Jadi sudah menjadi tanggungjawab anda sebagai seorang suami untuk memastikan isteri tidak stres.

Apa yang perlu dibuat? Buat kejutan dengan cium isteri anda seromantis mungkin. Ini kerana di saat anda berciuman, tubuh akan merembeskan hormon oksitosin dan endorfin yang boleh membuatkan seseorang itu berasa tenang dan lega.

3. Turunkan tekanan darah

Rasa tertekan boleh menyebabkan tekanan darah turun menjadi tinggi. Perkara ini jelas boleh membahayakan kesihatan anda dan bagaimana caranya untuk menurunkan tekanan darah ini? Ciumlah pasangan beberapa lama yang mampu anda lakukan.

4. Menguatkan otot wajah

Selain bercium secara lembut dan mesra-mesra, pasti anda sesekali gemar bercium secara ghairah. Jika anda jenis suka bercium secara ghairah, ini adalah berita baik buat anda kerana ciuman sedemikian mampu menguatkan otot wajah anda.

Percayalah, selepas melakukan aksi ini, anda akan merasakan otot wajah anda sedikit tegang kerana ciuman ghairah yang anda lakukan itu memerlukan 30 otot wajah anda bekerjasama. Namun jangan risau, wajah anda pasti mudah terhindar daripada masalah kulit berkedut.

5. Berfungsi sebagai painkiller

Percayalah, kalau badan anda sedang sakit, selepas memaksa diri anda untuk bercium, tubuh anda secara automatik akan mengeluarkan peluh dan kesakitan yang dialami sebentar tadi akan berkurangan. Malah bukan itu sahaja, aktiviti ini boleh melanjutkan usia anda mengikut kajian saintifik.

6. Menyihatkan jantung

Ciuman mampu menghasilkan adrenalin dan melancarkan perjalanan darah dalam tubuh sekali gus mengepam jantung dengan sempurna. Ini kerana adrenalin yang terhasil membuatkan tubuh anda berasa hangat dan perasaan berdebar-debar itu adalah saat yang paling romantis untuk dinikmati. Maka, layanlah detik bahagia itu.

7. Meningkatkan imunisasi

Ciuman ghairah boleh merembeskan hormon yang menguatkan imunisasi badan. Selain itu, perpindahan bakteria melalui air liur sewaktu berciuman akan mengaktifkan sistem tubuh anda menjadi lebih kuat sekali gus menghasilkan antibodi yang sangat bermanfaat untuk kesihatan anda.

8. Mengurangkan alahan

Kajian perubatan di Jepun mendapati pasangan yang kerap bercium akan terhindar daripada masalah alahan seperti sesak nafas atau saluran nafas menjadi sempit kerana aktiviti itu secara tidak langsung akan memaksa fungsi otot dalam tubuh bertindak sempurna. Kesannya, anda akan cuma merasai kenikmatan di samping memiliki kehidupan berkeluarga yang lebih sihat.

Jadi, sudahkah anda mencium pasangan anda hari ini? Kalau belum, apa tunggu lagi? Malu apa bossku?

Tinggalkan Komen