Bagi mereka yang pertama kali nak beli rumah, sudah semestinya masih kabur tentang cara beli rumah pertama mereka. Lagi-lagi bagi golongan muda, bukan mudah dan selalu orang beli rumah, mungkin sekali sahaja dalam seumur hidup lagi-lagi dengan kos sara diri yang kian meningkat kini.

Oleh kerana kurang pengalaman, maka kebanyakan orang kurang arif dalam proses pembelian rumah yang sebenar. Jadi kali ini kami kongsikan  nota ringkas yang dikongsikan oleh saudara Amir Syahir di facebooknya  tentang tip pinjaman bank yang mudah diluluskan untuk membiayaan perumahan korang.

Sebelum faham tentang tip pinjaman di bank, kini kita juga boleh membandingkan tawaran perkhidmatan kewangan terbaik melalui iMoney.my, memang mudah dan pantas!

1. Cipta Rekod CCRIS

Tak ada laporan CCRIS tidak bererti pihak bank terus reject permohonan pembiayaan perumahan korang. Mungkin akan dikenakan kadar keuntungan bank agak tinggi daripada orang lain. Daripada laporan CCRIS, pihak bank akan tahu karektor pembayaran balik korang. Adakah seorang culas ataupun bagus.

2. Jadilah Pembayar Yang Baik

Pergi cek laporan CCRIS. Pastikan semua bersih segala nombor lain selain 0,0,0,0,0,0,0 tu. Dah berhutang tu bayarlah dengan jumlah yang tepat pada masa yang ditetapkan.

3. Jangan Mempunyai Sejarah Hitam

Mempunyai sejarah hitam seperti rumah pernah dilelong, kereta pernah ditarik, ataupun di bawah pemantauan AKPK mungkin akan menyukarkan pihak bank nak luluskan pembiayaan perumahan korang. Jadi rancanglah kewangan dengan sebaiknya. Buat bajet dulu. Kalau tak mampu bayar, janganlah beli kereta mewah ye.

4. Jangan Mencapai Kredit Limit Kad Kredit

Janganlah jadi hamba kad kredit. Anggaplah ia sebagai wang kertas. Untuk mohon pembiayaan perumahan janganlah sampai mencapai 70% kredit limit. Bayar semua dulu.

IKLAN

5. Hati-Hati Apabila Jadi Penjamin

Janganlah jadi penjamin sepupu, kawan-kawan, pakwe makwe kalau korang tak berapa yakin dengan kemampuan kewangan dia. Dia nak berhutang untuk kahwin pun, kau janganlah baik sangat nak jadi penjamin dia. Kalau dia tak bayar, kau akan kena.

6. Simpanan

Untuk membeli rumah pertama amatlah digalakkan untuk ada simpanan yang secukupnya. Kalau ansuran pembiayaan perumahan kau nanti RM550 setiap bulan. Elok ada 6 bulan simpanan untuk buat back up di masa hadapan. Dalam RM3300. Lagi banyak lagi bagus. Simpanlah dalam Tabung Haji ataupun ASB. Kepilkan masa mohon pembiayaan perumahan nanti.

7. Baki Bulanan Dalam Akaun Bank

Sekarang bank besar lagi susah nak luluskan pembiayaan perumahan individu yang bergaji bawah RM3000. Ada bank melaksanakan NDI (Net Disposable Income). Apa itu NDI? Nak senang faham ialah baki bersih selepas tolak semua komitmen / hutang. Jika korang tinggal di bandar, NDI kena atas RM1300. Jika di luar bandar baki kena ada RM500. Apa gunanya NDI ni? Untuk kos sara hidup kau lah.

Jangan takut. Pergilah shopping dekat bank tu. Bawa payslip tanya mereka berapa kemampuan pembiayaan perumahan kau orang boleh dapat.