Beg Tangan Lelaki Balenciaga Hello Kitty Curi Tumpuan Di Paris Fashion Week 2019

331

Balenciaga merupakan antara jenama yang sering disebut-sebut bila tibanya musim minggu fesyen di Amerika Syarikat dan Eropah.

Untuk persembahan fesyen pada Paris Fashion Week 2019, Balenciaga turut memperkenalkan koleksi beg tangan yang telah manrik perhatian ramai.

Koleksi beg tangan Balenciaga SS20 Collection turut menampilkan beg tangan Hello Kitty untik lelaki.

Seakan elemen yang pelik digandingkan untuik lelaki dengan beg tangan dan Hello Kitty. Namun dalam dunia fesyen moden segalanya tidak mustahil.

Koleksi beg tangan unik ini pertama kali diperkenalkan di pentas peragaan Paris Fashion Week Spring/Summer awal minggu ini.

BACA: Levi’s & Jacquard by Google Hasilkan Jaket Dengan Gesture Technology 

Barisan model lelaki dilihat memperagakan beg unik Balenciaga Hello Kitty ini dengan mengenakan pakaian bodycon tops, satu lagi elemen fesyen yang lebih sinonim dengan wanita.

Bagi menyerlahkan looks lebih maskulin mereka menggayakan seluar biker dan juga sneakers.

Bagaimana dengan anda? Adakah adan berani menggayakan beg tangan Balenciaga Hello Kitty seperti ini?