Rata-rata kereta sekarang menggunakan minyak brek atau bendalir untuk memastikan sistem brek dapat berfungsi dengan baik.

Seperti mana kita tahu sistem brek sangatlah penting dan perlu diberikan perhatian baik demi keselamatan ketika memandu. Ia merupakan sejenis cecair hidraulik yang digunakan dalam sistem brek dan klac kenderaan.
Dalam tempoih masa tertentu ia ditukar supaya dapat berfungsi dengan baik. Sebelum itu, MASKULIN kongsikan beberapa perkara penting tentang minyak brek.

FUNGSI & TUGAS MINYAK BREK

Fungsi utama utama minyak brek ialah memastikan sistem brek dapat berfungsi secara optimum. Selain itu, ia juga berfungsi untuk memberikan tekanan pada sistem brek agar ia dapat membrek dengan lancar dalam situasi kecemasan.

Ia juga berupaya untuk berfungsi dalam keadaan suhu dan tekanan tinggi sekaligus membolehkan kenderaan anda berhenti ketika menekan pedal brek.

JENIS-JENIS MINYAK BREK

Seperto kebanyakan minyak yang lain, minyak brek juga terbahagi kepada beberapa jenis. Dan jenis-jenisnya ditentukan berdasarkan kelas tersendiri.

IKLAN

Nilai gred minyak sangat penting untuk dirujuk semasa anda menukar minyak brek. Jenis minyak brek dibezakan mengikut gred spesifikasi yang ditetapkan melalui ‘Department of Transportation’ (DOT). Ia diklasifikasikan demikian berdasarkan tahap atau titik didih minyak brek dalam kenderaan.

Titik didih tersebut terbahagi kepada dua jenis iaitu kering dan basah. Titik didih kering merujuk kepada minyak brek berada dalam kondisi baharu. Manakala, titik didih basah pula merujuk kepada minyak brek tersebut telah lama digunakan atau secara terperinci telah melebihi tempoh dua tahun.

Berdasarkan spesifikasi DOT, tiga jenis minyak brek boleh didapati iaitu DOT3, DOT4 dan DOT5. Ketiga-tiganya mempunyai kepekatan atau kelikatan minyak berbeza.

IKLAN

Sebagai contoh, DOT3 dan DOT4 sesuai digunakan pada kenderaan biasa yang dipandu untuk tujuan harian kerana ia diperbuat daripada cecair polyglycol yang mampu menyerap wap air sekelilingnya.

Minyak jenis DOT5 pula digunakan untuk kenderaan yang melakukan aktiviti berat seperti berlumba dan menggunakan suhu tinggi. Ia adalah minyak yang berasaskan silikon dan bersifat hidrofobic di mana ia menolok wap air yang terdapat di sekelilingnya.

TEMPOH IA PERLU DITUKAR

Penggunaan di dalam sistem tertutup, penggunaan optimum minyak brek boleh berakhir selepas dua tahun. Tapi jangka hayatnya juga boleh berkurangan secara drastik bergantung kepada bagaimana kereta kita beroperasi.

IKLAN

Andai kata tinggal di kawasan lembap seperti berdekatan pantai atau jika anda seorang pelumba maka ia perlu ditukar lebih kerap dan tidak perlu menunggu tempoh rekomendasi dua tahun.

Ataupun beli jenis minyak brek yang menawarkan titik didih yang sangat tinggi seperti DOT4 seperti digunakan pelumba.

PETANDA IA SUDAH TERUK

Sakah satu petanda yang paling ketara dan mudah untuk dilihat ialah apabila pedal brek perlu diinjak lebih ke dalam berbanding biasa. Ia juga menunjukkan simptom lain sama ada minyak brek sudah berkurangan, pad brek haus atau ada udara dalam hos brek.

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada pemanduan anda jadi lebih selamat!