Ramai di antara kita suka tidur dalam bilik terang atau tidur dalam keadaan bilik yang cerah pada waktu malam. Namun sedarkah anda bahawa tidur dalam bilik terang tidak digalakkan menurut kajian saintis.

Pernahkah anda terfikir kenapa semakin malam, kita mudah menjadi penat dan mengantuk? Ia berlaku disebabkan oleh hormon melatonin dari kelenjar pineal yang meningkat seiring dengan kegelapan malam.

Hormon ini tidak dapat dihasilkan oleh tubuh jika anda tidur dalam keadaan yang cerah. Adanya sinar atau cahaya akan menyebabkan penghasilan hormon ini terhenti.

Hormon melatonin akan memberi reaksi positif pada tubuh untuk berehat. Selain itu, ia juga mempengaruhi tubuh untuk terhindar daripada penyakit berbahaya, sekali gus menguatkan daya kekebalan tubuh (sistem imunisasi) seseorang.

BACA: Geng Tidur Berdengkur Wajib Buat Petua Mujarab Ini Kalau Nak Orang Sebelah Tidur Lena!

Bilik Terang Punca Saiz Pinggang Makin Besar. Kalau Nak Kurus, Tidur Tutup Lampu!

Apa perlu buat sebelum tidur?

Sebelum tidur, sebaiknya anda padamkan lampu dalam bilik. Padamkan juga kesemua alatan elektronik yang ada dalam bilik seperti tv, komputer, laptop atau handphone kerana ia juga menghasilkan cahaya. Pastikan tingkap biik tidur juga ditutup agar cahaya dari luar tidak masuk ke dalam bilik dan mengganggu tidur anda.

BACA: Ruginya Suami Terlepas 5 Manfaat Hebat Ini Kalau Biarkan Isteri Tak Cukup Tidur!

IKLAN

Bukti kajian saintis

Seorang pengamal biologi bernama Joan Roberts telah menjalankan satu kajian terhadap haiwan. Haiwan uji kaji tersebut dibiarkan tidur dalam keadaan lampu menyala pada waktu malam dan kadar hormon melatoninnya telah dicatatkan.

Ternyata hasil kajian mendapati daya kekebalan haiwan tersebut jatuh berbanding apabila ia tidur dalam keadaan gelap pada waktu malam. Ini membuktikan, cahaya yang dinyalakan ketika tidur dapat menghentikan penghasilan hormon melatonin kerana ia hanya terhasil apabila tubuh berada dalam keadaan gelap.

Bilik Terang Punca Saiz Pinggang Makin Besar. Kalau Nak Kurus, Tidur Tutup Lampu!

BACA: Awas! Sukar Tidur, Petanda Awal Kemurungan. Jangan Abaikan!

Keburukan tidur dengan lampu menyala?

Jadi sebelum anda membuat keputusan untuk tidur dalam keadaan lampu menyala atau terpasang, ingatlah bahawa:

IKLAN

1. Penelitian oleh International Journal of Health Geographics menemukan bahawa kejadian kanser payudara lebih tinggi terjadi kepada wanita yang tinggal di daerah dengan tingkat pembangunan yang tinggi dan banyaknya lampu di jalan raya.

2. Penelitian dalam Journal of Affective Disorders menunjukkan bahawa orang depresi memiliki cahaya lampu yang lebih terang pada bilik mereka ketika tidur. Gangguan tidur atau kualiti tidur yang buruk dapat dihubungkan dengan depresi jika tidur dalam bilik yang terang. Oleh itu bilik yang gelap memberi lebih peluang kepada anda untuk tidur dengan lebih nyenyak dan tenang.

Bilik Terang Punca Saiz Pinggang Makin Besar. Kalau Nak Kurus, Tidur Tutup Lampu!

3. Penelitian yang diterbitkan oleh American Journal of Epidemiology menunjukkan bahawa orang yang tidur dalam bilik yang lebih terang cenderung memiliki Indeks Massa Tubuh (IMT) yang lebih tinggi dan lingkaran pinggang yang lebih besar daripada orang yang tidur dalam kondisi bilik yang gelap. Ini kerana tidur dalam keadaan lampu menyala menyebabkan anda akan kurang tidur.

IKLAN

Bilik Terang Punca Saiz Pinggang Makin Besar. Kalau Nak Kurus, Tidur Tutup Lampu!

4. Penelitian yang diterbitkan oleh jurnal Chronobiology International menunjukkan bahawa pesakit diabetes mendapatkan jumlah cahaya yang lebih terang selama empat jam sebelum tidur. Jumlah cahaya ini termasuk daripada tv dan handphone kerana alatan elektronik ini telah terbukti dapat menekan lebih hormon melatonin daripada sumber cahaya yang lain.

5. Menyalakan lampu ketika tidur membuat kualiti dan kuantiti tidur menjadi buruk. Cahaya dapat menurunkan kadar melatonin yang dikeluarkan oleh tubuh sehingga dapat membuatkan rasa mengantuk berkurangan sehingakan anda sukar untuk melelapkan mata.

Bilik Terang Punca Saiz Pinggang Makin Besar. Kalau Nak Kurus, Tidur Tutup Lampu!

6. Penelitian dalam jurnal Chronobiology International menunjukkan bahawa orang yang mendapat banyak jumlah cahaya ketika tidur mempunyai tekanan darah yang lebih tinggi daripada orang yang tidur dalam bilik yang gelap.

Bilik Terang Punca Saiz Pinggang Makin Besar. Kalau Nak Kurus, Tidur Tutup Lampu!

BACA: Kesan Buruk Tidur Menghadap Kipas Yang Boleh Bahayakan Diri. Memang Nikmat Tapi Awas!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI