1.Foreplay/Pemanasan

 

Merupakan aktiviti pemanas badan untuk meningkatkan keghairahan dalam hubungan intim. Sudah banyak majalah, buku, dan MASKULIN sendiri sering menyarakan anda untuk melakukan aktiviti ini. Adakah anda lakukan? Jangan terlalu gelojoh, bermula dengan foreplay, dan pastikan ‘pelayaran’ anda sampai ke destinasi terindah. 

 

Foreplay boleh dilakukan dengan cara mudah iaitu;

  1. a) Bahasa yang tepat-Ucapkan kata-kata yang membuatnya rasa disayangi, dicintai, dihargai.
  2. b) Godaan bahasa tubuh-Lengkok tubuh yang tidak terlalu mendesak atau ‘over’ bakal mencipta godaan yang memberangsangkan.
  3. c) Ciuman– Ciuman adalah pembangkit keghairahan pasangan sebelum ke destinasi seterusnya.
  4. d) Fokus- Matikan telefon bimbit, lakukan dalam suasana tenang dan sedikit gelap serta berikan tumpuan sepenuhnya.

 

2.Bahagian tubuh

Wanita amat menyukai belaian lembut daripada pasangan. Dalam proses menwujudkan asmara lebih hangar, sasaran bahagian tubuh wanita yang tepat adalah penting. Bahagian tubuh yang dimaksudkan adalah titik G atau pusat rangsangannya. Apabila anda tahu dan mainkan peranan sewajarnya, ia akan memudahkan lagi proses mencapai kenikmatan (orgasme).

 

Antara bahagian tubuh (fizikal) membuatkan lelaki mahupun wanita lemas dalam hangat asmara;

IKLAN

 

  1. a) Rambut
  2. b) Bibir
  3. c) Leher
  4. d) Lengan
  5. e) Buah dada
  6. f) Punggung
  7. g) Pinggang
  8. h) Alat sulit
  9. i) Betis

 

Setiap wanita berbeza cara dan kesan rangsangan masing-masing. Oleh yang demikian anda perlu bijak meneroka titik G itu.Saat anda menemuinya, mainkan peranan dan wujudkan suasana penuh kebahagian.  

 

3) Pelbagai posisi

 

IKLAN

Kehangatan hubungan asmara dan pasangan dapat dirasai apabila anda bijak memainkan peranan iaitu melakukan hubungan seks dengan posisi yang pelbagai. Ia penting untuk meningkatkan kembali prestasi hubungan intim anda berdua. Secara asasnya posisi yang sering dilakukan termasuklah;

 

  1. a) Wanita di bahagian atas
  2. b) Anda di bahagian belakang
  3. c) Normal (wanita di bahagian bawah)

 

Terdapat pelbagai lagi posisi yang boleh anda aplikasikan dengan baik. Tiga yang di atas ini adalah asas terbaik dalam hubungan intim bersama isteri.

 

IKLAN

4) Lokasi hubungan intim

 

Lokasi memadu asmara juga perlu dipelbagaikan bukan hanya di kamar tidur. Cubalah di kawasan yang lain seperti di lokasi bulan madu anda dahulu. Kemudian lakukan di segenap ruang yang ada di sana seperti di kamar mandi, ruang tamu atau di ruang dapur untuk anda segarkan semula kehangatan itu. Ayuh lihat lokasi lain yang menarik untuk anda berdua.

a) Kawasan tanah tinggi yang sejuk

b) Pulau dengan keindahan pantai yang menarik

c) Di atas kapal persiaran, kapal terbang, keretapi atau pengangkutan awam lain yang menyediakan kemudahan eksklusif ruang tidur.

d) Hotel dengan pemandangan indah kota raya dari bilik penginapan.

 

Anda juga boleh mencuba di kawasan-kawasan lain yang difikirkan sesuai. Tapi perlu diingat jangan sampai ditangkap oleh pihak berkuasa!