Car photo created by drobotdean - www.freepik.com

Berita tentang kebenaran rentas negeri yang diumumkan oleh Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob telah disambut dengan penunh kegembiraan oleh rakyat Malaysia.

Selepas sekian lama sempadan negeri ditutup kini kita berpeluang untuk meneruskan aktiviti seperti menziarahi ibu bapa di kampung atau bercuti di negeri-negeri lain.

Buat ramai di antara kita mungkin sudah terlalu lama tidak memandu jarak jauh. Jadi tidak mustahil ramai nanti yang agak kekok walaupun keterujaan itu jelas terpancar pada wajah.

Salah satu perkara yang kita tidak ingini berlaku ialah terlibat dengan kemalangan. Tahukah anda banyak kemalangan melibatkan kenderaan berpunca daripada masalah tertiddur atau terlelap? Sindrom ini juga dikenali sebagai microsleep.

MAKSUD MICROSLEEP

Tahukah anda apakah yang dimaksudkan dengan sindrom microsleep?

Microsleep merupakan kondisi yang sangat berbahaya dan telah meragut banyak nyawa di jalan raya. Malah ia kini dikenali pasti sebagai antara punca utama berlakunya kemalangan jalan raya.

Buat Anda Ingin Balik Kampung & Rentas Negeri, Memandulah Dengan Baik Awasi Sindrom Microsleep!
Car photo created by diana.grytsku – www.freepik.com

Jadi apakah penyebab utama microsleep?

IKLAN

Punca utama ia berlaku ialah disebabkan badan berasa penat dan berlaku terutamanya bila kurang tidur. Ia juga berlaku dalam situasi bila seseorang berdepan dengan perkara yang dilakukan secara berterusan seperti memandu atau menonton TV. Lebih mengantuk anda maka rasa lebih tinggi berdepan risiko sindrom microsleep.

Dan microsleep ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja termasuklah kepada mereka yang rasa tubuh badan sihat.

Jadi bagaimanakah anda sebagai pemandu boleh mengelak daripada berdepan risiko bahaya microsleep?

MASKULIN ingin kongsi beberapa tip mudah yang boleh anda amalkan bagi mengelak jadi mangsa kemalanagan akibat microsleep.

IKLAN

Pilih waktu sesuai

Pertama sekali, elak elak memandu ketika anda rasa diri kurang aktif atau peka. Sebaiknya mulakanlah perjalanan ketika badan berasa paling segar yang maksima.

Tidur yang cukup

Rancang perjalanan dengan baik mengikut waktu tidur. Ingatlah tidur yang mencukupi dapat memberikan kondisi fizikal yang lebih peka dengan sekeliling.

Buat Anda Ingin Balik Kampung & Rentas Negeri, Memandulah Dengan Baik Awasi Sindrom Microsleep!
Car photo created by jcomp – www.freepik.com

Ada peneman

Jika memandu jarak jauh carilah teman sekurang-kurangnya seorang. Memandu seorang diri dalam perjalanan jauh cukup membosankan.

Sentiasa fokus

Semasa memandu sentiasalah ingat untuk fokus pada jalan raya dan juga kenderaan lain. Jika kita sentiasa beringat InsyaAllah perjalanan akan bertambah selamat.

IKLAN

Berinteraksi

Jika balik bersama ahli keluarga atau kawan-kawan berinteraksilah dengan mereka dari semasa ke semasa. Jangan biarkan kesemua penumpang tidur dalam satu masa.

Sentiasa bergerak

Apabila berhenti di R&R, ambil masa 5 hingga 10 minit untuk regangkan badan, berjalan dan basuh muka untuk badan yang lebih segar. Pengaliran arah yang baik boleh memberikan keselesaan bukan sahaja kepada fizikal tetapi mental.

Tempoh berhenti

Bagi perjalanan yang lebih efisyen berhentilah setiap 2 atau 3 jam perjalanan. Jangan paksa diri untuk memandu terlalu lama.

Guna Aplikasi

Sekarang terdapat beberapa jenis apps anti-tidur yang terdapat di pasaran. Gunakan apps ini untuk membantu korang daripada tertidur semasa memandu. Ia akan berbunyi dan bergegar selang beberapa minit megikut tetapan.

Buat anda yang merancang membawa keluarga untuk pulang ke kampung atau bercuti, memandulah dengan berhemah. Semoga kita terus dilindungi dari sebarang muisabah. Dan pastikan sentiasa untuk patuhi SOP ya!

https://www.youtube.com/watch?v=8D2XIF_ncEQ

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI