Sihat dan cergas merupakan dua perkataan yang membawa definisi yang berbeza. Sihat membawa maksud tidak uzur dan berfikiran wajar dalam pertimbangan manakala cergas ialah bertenaga, aktif dan giat dalam kehidupan. Ini boleh dirumuskan bahawa setiap orang mampu untuk hidup sihat namun tidak semua mampu untuk hidup dengan cergas dalam menjalani kehidupan seharian.

 

1. Senaman

Cergas Cegas Obesiti, Ini 5 Tip Hidup Sihat Dalam Kehidupan Seharian

Dengan melakukan senaman, kita dapat menggerakkan pelbagai otot serta sendi yang jarang kita gunakan. Senaman perlulah dilakukan dengan mengikut cara dan kaedah yang betul kerana kesalahan dalam melakukan senaman akan mendatang kecederaan pada masa hadapan.

 

2. Konsisten

IKLAN

Cergas Cegas Obesiti, Ini 5 Tip Hidup Sihat Dalam Kehidupan Seharian

Semua orang boleh melakukan senaman atau perkara-perkara yang menceriakan mereka tetapi mereka gagal untuk menjadikan perkara itu sebahagian dalam rutin kehidupan mereka. Sudahnya, tidak mendatangkan hasil untuk jangka masa panjang. Impak positif hasil latihan kebiasaannya boleh dilihat sekurang-kurangnya enam hingga lapan minggu dengan latihan senaman yang konsisten.

 

3. Sediakan jadual

Cergas Cegas Obesiti, Ini 5 Tip Hidup Sihat Dalam Kehidupan Seharian

IKLAN

Ada baiknya sekiranya kita mempunyai jadual senaman kerana kita dapat melihat secara mendalam sama ada latihan senaman menunjukkan kemajuan atau sebaliknya. Jadual tersebut perlulah mudah dibaca tetapi mempunyai isi yang padat. Terapkan beberapa info penting seperti jenis serta jumlah latihan, tempoh latihan dan objektif latihan dari masa ke masa.

 

4. Rehat

Cergas Cegas Obesiti, Ini 5 Tip Hidup Sihat Dalam Kehidupan Seharian

IKLAN

Latihan yang padat tidak akan berhasil tanpa rehat yang cukup. Kita perlu mempunyai tidur yang cukup bagi memulihkan kembali otot ke tahap yang optimal. Kita dapat lihat orang yang kurang rehat akan mengalami kelesuan, prestasi kerja yang merudum dan peningkatan stres. Bukan sahaja tubuh badan anda letih malah ini akan mengganggu otak dan mengganggu pemikiran anda.

 

5. Pemakanan

Cergas Cegas Obesiti, Ini 5 Tip Hidup Sihat Dalam Kehidupan Seharian

Amalkan pemakanan yang sihat dengan mengurangkan gula, minyak dan lemak berlebihan. Anda perlu bijak dalam memilih hidangan makanan yang seimbang dengan melebihkan karbohidrat dan mengurangkan makanan yang mempunyai lemak. Kurangkan makanan yang tinggi kalori pada waktu malam kerana kita tidak memerlukan tenaga yang banyak pada waktu itu dan lebihkan buah-buahan dan air mineral.

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI