Dari Kota Kemuning Ke Port Dickson, Geng Basikal Meredah Sejauh 200KM!

32

Apa yang terlintas di fikiran anda apabila mendengar ada orang sanggup berbasikal dari Kota Kemuning ke Port Dickson dan kemudiannya berpatah kembali semula ke Kota Kemuning dalam masa sehari?

Kedengarannya agak luar biasa namun itulah yang sedang dilakukan oleh 900 geng-geng basikal daripada dalam negara serta luar negara yang sedang asyik menikmati kayuhan masing-masing.

Sewaktu team Maskulin bertanya kepada pihak penganjur tentang program yang diadakan, pengasasnya, Sam Tow berkata, aktiviti berbasikal jarak jauh yang dikenali sebagai Audax Randonneurs Malaysia itu sebenarnya sudah memasuki tahun ketiga.

Katanya lagi, program yang diadaptasi dari sukan antarabangsa anjuran Perancis beberapa tahun dahulu amat sesuai untuk dianjurkan di Malaysia kerana negara ini memiliki ramai peminat sukan berbasikal.

Sementara itu, seorang pekerja swasta, Ahmad Rizwan Ahmad Soofi, 36, yang sudah menyertai sukan berbasikal sejak tahun 2016 mengakui sukan ini mampu memberi kepuasan kepada dirinya.

Secara peribadi juga, Ahmad Rizwan sudah menyertai lebih 70 program berbasikal dalam tempoh tiga tahun ini.

Katanya yang sentiasa menjalani rutin latihan setiap minggu, tak rugi untuk bermain basikal kerana melalui aktiviti ini, seseorang itu dapat meningkatkan staminanya selain memberi kesihatan kepada tubuh badan.

Tinggalkan Komen