Lelaki Ajar Cara Kilatkan Lampu Kereta Yang Kuning & Kusam, Modal Bawah RM15!

306

Walaupun kereta kelihatan bersih kerana kerap dicuci tapi pastinya anda akan sakit mata apabila bahagian lampu kereta kelihatan kuning. Setiap kereta yang terdedah dengan hujan dan panas, lama-kelamaan akan menyebabkan bahagian lampu kereta ini menjadi kusam dan kabur. Buntu memikirkan cara untuk mengilatkan kembali lampu kereta yang sudah kuning? Jangan bimbang. Dengan bajet bawah RM15 ini, anda boleh kembali mengilatkan lampu kereta yang sudah kuning agar tampak seperti baru.

Ikuti perkongsian lengkap daripada Khairul Anwar Tumingan ini.

Guna bajet bawah RM15 saja

Hari ini bro nak share cemana nak clearkan dan gilap headlight yang sudah kuning and kusam dengan modal tidak sampai RM15.

Ada macam-macam lagi cara dan produk untuk tujuan ini, tapi ini antara yang berhasillah. Yang penting kena gigih menggosok yeh. Selamat mencuba!

(Ini untuk headlamp plastik sahaja)

Langkah-langkah ada dalam caption setiap gambar.

Lampu asal. Setelah bertahun-tahun, lampu akan menjadi kekuningan dan kabur kerana oksida. Berbahaya terutama untuk drive malam sebab lampu akan jadi kurang terang.

1. Dimulakan dengan Bismillah. Saya pakai kertas pasir gred 600 untuk membuang lapisan kuning dan kabur.

2. Gosok dengan menggunakan air. Masa ini nampak kesan kotor dan kuning itu tertanggal.

3. Setelah gosok, lap dan keringkan. Pastikan kesan kuning sudah berkurangan.

4. Next, gosok dengan kertas pasir gred 1000. Boleh juga nak gunakan gred 1500 atau 2000. Method sama, gosok dengan menggunakan air.

5. Setelah digosok dengan gred 1000 dan dikeringkan.

6. Ini yang saya pakai, Autosol metal polisher. Terdapat kat mana-mana kedai hardware. Harga dalam RM8-RM12 (bergantung kepada tempat).

7. Picit sedikit pada lampu dan gosok menggunakan kain (ini baru gosok sikit sudah nampak clear).

8. Teruskan menggilap sehingga clear dan cerah. Ini hasilnya setelah digilap lebih kurag 1/2 jam.


9. Inilah hasilnya selepas menggunakan tip bajet ini.

Selamat mencuba.

Tinggalkan Komen