Perlu justifikasi terhadap tabiat minum kopi anda? Kini anda ada alasan yang kukuh: 2 cawan kopi sehari boleh mencegah mati pucuk!
Satu kajian oleh University of Texas mendapati bahawa lelaki yang minum dua cawan kopi setiap hari mempunyai 42% kurang kemungkinan mengalami disfungsi ereksi berbanding bukan peminum kopi.
Lebih menarik, para pengkaji turut menganalisis 4000 lelaki yang mengambil minuman berkafein seperti teh, kopi, air berkarbonat dan minuman tenaga; dan keputusannya tetap sama ke atas semua lelaki tidak kira umur, berat badan dan tekanan darah.
Para saintis berpendapat bahawa kafein merangsang tindak balas kimia yang meningkatkan pengaliran darah ke penis dengan merelakskan otot.
Tapi jangan berlebihan pula, sebab hasil kajian turut menunjukkan bahawa minum tiga cawan kopi sehari menurunkan kesan baik tersebut kepada 39%. Satu lagi peringatan, tindak balas kafein ini tidak berkesan ke atas penghidap diabetes, tetapi berkesan terhadap lelaki yang obes, berlebihan berat badan dan hipertensi.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Masihkah Ada Harapan Untuk Tambah Ketinggian, Tapi Umur Dah Lebih 20 Tahun.
Pelbagai produk yang keluar di pasaran dengan pelbagai cara pemasaran. Cara pemasaran yang paling berkesan adalah dengan mengatakan produk mereka boleh menghasilkan kesan yang ketara kepada si pemakai.
Daripada kebolehan merawat kencing manis hinggalah merawat kanser. Sedangkan mereka sendiri tidak mengkaji adakah produk mereka benar-benar berkesan seperti apa yang mereka nyatakan.
Dalam post ini, kami ingin menceritakan pula berkenaan produk makanan yang dikatakan boleh tambah ketinggian.
Bagaimana panjang bertambah?
Perlu diketahui oleh para pembaca yang ketinggian bertambah disebabkan wujudnya satu lapisan yg dinamakan sebagai ephyphiseal plate(growth plate) yang terletak di bahagian hujung tulang.
Growth plate terletak pada hujung tulang. Bahagian inilah yang akan menyebabkan penambahan ketinggian pada seseorang individu
Lapisan growth plate ini terdiri daripada tisu rawan(cartilage) yang mempunyai beberapa jenis sel iaitu:
1) sel chondrocytes: Berfungsi untuk menambahkan tisu rawan agar tulang semakin panjang
2) sel osteoblast: Berfungsi sebagai sel yang akan mengeraskan tisu rawan supaya ia menjadi tulang. Ia berlaku dengan cara sel osteoblast meletakkan unsur kalsium ke dalam tisu rawan tersebut
Chondrocytes hasilkan tisu rawan dan osteoblast pula akan mengeraskan tisu rawan itu supaya menjadi tulang. Perbuatan yang berulang-ulang ini akan menyebabkan tulang semakin panjang
Apa yang mempengaruhi Growth plate?
Perlu diketahui bahawa, ephyphiseal plate sangat dipengaruhi oleh ‘growth hormone’ yg dihasilkan pada kalenjar pituitary pada otak. Jika hormon tersebut berada pada tahap yang sepatutnya, maka ketinggian sesorang itu pun akan bertambah seperti biasa
Jika hormon tersebut terlampau banyak ia akan menyebabkan seseorang itu mempunyai ketinggian yang luar biasa dan penyakit ini dikenali sebagai ‘gigantism’
Seseorang itu akan berhenti meninggi bila berumur 19-21 tahun
Kajian yang dibuat pada tikus, menunjukkan hormon estrogen yang tinggi ketika baligh akan menyebabkan sel condrocytes mengalami ‘apoptosis’(sel itu mati). Ia akan menyebabkan tisu rawan(cartilage) tidak dapat dihasilkan. Dan akhirnya semua tisu rawan tersebut akan ditukarkan menjadi tulang oleh sel osteoblast.
Maka, growth plate hilang kerana berubah menjadi tulang. Bila tiada ephyphiseal plate, maka tiada penambahan dalam ketinggian.
Begitu juga yang berlaku pada manusia, apabila telah mencapai umur 19 ke 21, growth plate akan hilang dan manusia akan berhenti memanjang.
Graf ketinggian untuk kanak-kanak lelaki ini menunjukkan bahawa pertambahan ketinggian manusia akan semakin mendatar apabila berumur 19-21 tahun
Kesimpulan: Tiada produk makanan yang boleh tambah ketinggian terutamanya yang sudah berumur 20 tahun lebih.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Penyakit ulser mulut selalu menjangkiti kaum lelaki. Ayuh jauhinya!
- Kesilapan apabila memberus gigi, dan menyebabkan luka dalam rongga mulut
- Kecederaan di mulut akibat tergigit atau terkena benda tajam seperti tulang
- Cuaca panas dan kurang minum air
- Kekurangan zat makanan seperti Vitamin B12, Zat Besi dan asid folik
- Kesan radioterapi dan juga kimioterapi
- Alergik atau alahan
- Stress
- Jangkitan virus atau bakteria
- Perubahan hormon dalam badan
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Ini Rejim Kulit Lelaki Lebih Wow Dari Kulit Perempuan
DAUN LIDAH BUAYA
Ramai yang mengakui sifat melembap yang dimiliki daun lidah buaya atau aloe vera. Selain melembap, ia berkesan menangani masalah pigmentasi. Bukan itu saja, aloe vera sebenarnya boleh merangsang pertumbuhan sel kulit baru.
Hanya sapukan gel aloe vera atau jusnya pada permukaan yang bermasalah dan biarkan ia selama 30 minit. Amalkan petua ini dua kali sehari dan lihatlah betapa segar dan berserinya kulit wajah anda selepas sebulan!
PISANG
Pisang mempunyai kelebihan sebagai pelembap semula jadi untuk kulit muka anda. Hancurkan sebiji pisang dan jadikan masker wajah dan leher.
Biarkan selama 10 hingga 20 minit dan bersihkan dengan air sejuk.
Anda juga boleh campurkan pisang lenyek dengan suku cawan yogurt asli dan dua sudu makan madu untuk hasil yang lebih maksimum.
DAUN PARSLI
Untuk ton kulit yang tidak sekata serta mempunyai tompok hitam, daun parsli amat berkesan untuk memudar dan mencerahkan.
Sediakan satu cawan daun parsli yang dicincang, setengah sudu teh serbuk penaik, satu sudu yogurt. Campurkan semua bahan ini dan sapukan sebagai masker untuk muka, leher dan dada selama 15 minit, kemudian bilas. Ulang dua kali seminggu.
KUNYIT
Kunyit dianggap ramuan paling ajaib. Selain menghilangkan parut, ia boleh membantu mengatasi masalah ton kulit tidak sekata dan memudarkan pigmentasi.
Sediakan dua sudu air beras, dua sudu tepung dan satu sudu teh serbuk kunyit. Campurkan semua bahan, dengan menggunakan jari oleskan pes ke kawasan bermasalah. Biarkan selama 20 minit sebelum dibilas.
SUSU
Manjakan wajah anda dengan susu. Buatlah masker menggunakan suku gelas susu tepung dengan sedikit air hingga campuran menggumpal dan berbentuk pes. Gunakan pada wajah bersih dan biarkan hingga kering. Bersihkan dengan menggunakan air suam. Wajah anda akan kelihatan segar dan muda.
OAT
Anda tidak punya banyak waktu, tetapi masih ingin kelihatan cantik? Campurkan setengah gelas air panas (bukan mendidih) dan satu pertiga gelas oat. Biarkan selama tiga minit. Kemudian campurkan dengan dua sudu yogurt asli, dua sudu madu dan satu putih telur. Oles ke wajah dan biarkan kering selama 15 minit. Bersihkan dengan air suam.
MAYONIS
Mengapa harus menghabiskan banyak wang untuk membeli pelembap mahal sedangkan anda boleh merawat wajah hanya dengan mayonis yang tersimpan dalam peti sejuk! Oles rata ke seluruh wajah dan biarkan selama 20 minit. Bersihkan dengan air sejuk.
MINYAK KELAPA
Seratus peratus minyak kelapa diselitkan dengan pelembap yang mempunyai ciri penyembuhan yang menakjubkan untuk kulit, rambut dan kulit kepala. Mentega daripada minyak ini menggalakkan pertumbuhan rambut dan menjadi ubat sapu untuk masalah kulit seperti ekzema dan kelemumur
TIMUN
Timun ialah makanan kecantikan yang amat berkesan, kaya dengan vitamin dan silika. Ia boleh membantu melegakan bengkak mata dan mengurangkan garis letih di bawah mata. Ia juga menyokong pertumbuhan sel dan pembaikan untuk kulit kepala, kulit dan badan. Hanya hiris mentimun dan letakkan di wajah.
Untuk masker rambut atau kulit yang hebat, cuba campur sebiji puri timun atau timun dipotong dadu, bersama suku cawan yogurt organik, sesudu teh jus aloe vera dan secubit garam laut.
Kisar dan sapukan pada kulit. Biarkan selama 10 hingga 15 minit. Pastikan anda bilas dengan baik.
LEMON
Untuk menanggalkan sel kulit mati dan melembap, gunakan campuran sebiji jus limau dengan suku gelas minyak zaitun atau minyak badam.
Selain itu, kandungan antioksidannya mampu mengatasi masalah tompok hitam pada wajah. Anda hanya perlu sapu jus lemon dua kali sehari selama 15 minit di kawasan kulit bermasalah.
Jika anda mempunyai kulit sensitif, campurkan jus lemon bersama air mawar. Dalam masa dua bulan, anda akan lihat keberkesanannya. Sebagai ingatan, jangan dedahkan diri di bawah matahari selepas menyapu jus lemon berkenaan.
GULA
Gula ialah pengelupas pilihan selain garam kerana ia tidak cenderung mengoyakkan kulit. Apabila kulit mati terkumpul di permukaan kulit, penting untuk membuangnya. Ini membantu membersihkan liang yang tersumbat.
Kacau gula dalam air suam agar ia cair, pastikan tidak berketul lagi agar tidak mengoyakkan kulit. Sapu pada muka, urut perlahan-lahan pada sekeliling kulit muka. Bilas dengan air suam.
EPAL
Mandian teh dan penyegar dibuat daripada epal, kelopak bunga ros dan teh chamomile kaya dengan flavonoid, vitamin C, pectin dan asid malic. Bahan berkenaan dapat memulih dan menegangkan kulit kendur, mengetatkan liang dan meredakan keradangan, ditambah pula ia penghidrat tambahan untuk muka dan badan.
Cuba campuran ini. Sebiji epal dihiris halus, secawan kelopak bunga ros dan tiga beg teh chamomile. Masukkan dalam tab mandian dan rendam badan anda. Anda juga boleh rebus semua bahan selama 10 minit dan rendam sehingga sejuk. Isikan dalam botol semburan kabus dan lembapkan muka dan badan di awal pagi ketika bangun tidur atau sebagai penyegar di siang hari.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI