Tiap kali membeli kasut baru mesti kaki sakitkan . Kaki mesti melecet, rasa pedih dibahagian jari kaki, belakang tumit dan bahagian tepi ibu jari kaki. Lebih-lebih lagi mereka yang ‘berkaki kembang’. Pedih tak terkira Bro! Sebab tu pentingnya kita beli kasut yang berkualiti contohnya Tomaz. Harga pun memang berbaloi sangat dengan kualitinya!

Elak Sakit Kaki Ketika Memakai Kasut Kegemaran, Ini 10 Trik Korang Patut Cuba Bro!

Mesti anda penah mendengar petua dahulu kala dari orang tua atau rakan-rakan  kepercayaan yang kononnya gigit kasut baru kalau tak nak kasut tu ‘makan’ balik kaki . Percaya ke?

Jangan gigit kasut itu, kasut bukan makanan lah.  Jadi amalkan tips yang kami kongsikan ini.

1. Pakai Plaster

Mungkin cara ini paling biasa, namun inilah paling mujarab sekali apabila diamalkan. Tampalkan plaster dibahagian yang selalu melecet itu, lebih-lebih lagi belakang tumit kaki. Pastikan plaster luka anda lebih besar daripada zon geseran supaya plaster itu tidak bergerak. Anda juga boleh dapatkan plaster luka di farmasi berhampiran anda.

IKLAN

2. Taburkan Bedak Talkum

Geseran akan berkurangan kerana ada permukaan lembut yang mengurangkan potensi daripada terkena melecet. Lebih mujarab jika sarungkan sarung kaki sebelum memakai kasut yang sudah ada bedak didalamnya. Kaki selamat, bau pun harum!

3. Sapu Deadorant Di Kaki

IKLAN

Selain ketiak, kaki pun boleh guna tau. Bukanlah nak cegah bau tapi cegah melecet. Tapi pakai yang roll-on punya untuk licinkan permukaan jangan pakai spray pula. Nanti tak membantu langsung.

4. Masukkan Bungkusan Air Di Dalam Kasut

Selepas itu  biarkan didalam freezer selama satu malam untuk menjadikan air tersebut sebagai ais. Ia bertujuan untuk mengembangkan bahagian-bahagian yang ketat. Jadi, keesokkan harinya kaki korang akan rasa jauh lebih selesa daripada sebelum ini.

IKLAN

Semburkan alkohol pada bahagian kasut yang ketat supaya ia basah. Masukkan kertas renyuk ke dalam kasut anda. Masukkan sebanyak mungkin kertas renyuk ke dalam kasut anda. Keluarkan kertas tersebut pada waktu pagi dan pakai kasut tersebut supaya ia boleh mengambil bentuk kaki anda. Anda boleh menggunakan semburan alkohol untuk luka yang boleh didapati di farmasi berhampiran anda.
 
8.  Krim Pelembap

Kaedah ini hanya sesuai untuk kasut yang diperbuat daripada kulit asli. Sapukan krim pelembap di dalam kasut terutama sekali pada bahagian tumit dan kawasan jari kaki. Krim pelembap ini akan melembutkan kulit kasut anda dan apabila anda memakai kasut pada esok harinya, kasut itu akan membentuk mengikut saiz kaki anda.

9. Kentang

Helah ini dapat membantu untuk meluaskan kasut sukan dan loafers. Masukkan kentang yang bersih di dalam kasut dan biarkan ia semalaman, Kentang tidak akan meninggalkan sebarang bau, namun untuk memastikan anda tidak mempunyai sebarang sisa kentang di dalam kasut anda, lap dengan kain lembap.
 
10. Tukang Kasut

Ini merupakan pilihan yang boleh anda percayai. Kebanyakkan tukang kasut ini memiliki alat-alat khas untuk mengubah suai kasut anda mengikut permintaan anda. Sebagai contoh, tukang kasut boleh rengangkan kasut anda supaya ia tidak lagi menyakitkan kaki anda. Anda boleh berjalan dengan selesa dengan kasut baru anda. Tukang kasut ini boleh dijumpai di kedai-kedai kaki lima ataupun di pusat beli-belah.