Gaji kecil tapi pelik bagaimana seseorang itu boleh menabung? Tak apa, Syafieqah A’lya ada penjelasan dan bagaimana untuk menyimpan duit dari gaji yang ciput.

Malah duit yang disimpan dari gaji bulanan anda ini boleh dijadikan sebagai simpanan kecemasan untuk kegunaan masa hadapan.

Gaji bersih RM1800

Komitmen bulanan:
Motor RM280
Duit poket parents RM150
PTPTN RM100
Miscellaneous RM200
Takaful RM80

Jumlah bersih RM990

#1: Permulaan bekerja anda disarankan mempunyai simpanan sekurang-kurangnya 6 bulan gaji.

Banyak? Mula simpan sikit-sikit, ianya penting sebagai simpanan kecemasan, jika anda diberhentikan kerja atau berhenti kerja.

IKLAN

#2: RM1800 X 6 bulan = RM10,800
RM10,800 / 24 bulan = RM450
RM10,800 / 36 bulan = RM300
RM10,800 / 48 bulan = RM225

Anda kena simpan RM225 sebulan untuk capai 6 bulan gaji dalam tempoh 4 tahun. Anda rasa lama nak tunggu sampai 4 tahun ? Anda kurang kan jadi minimum simpanan 3 bulan gaji

RM1800 X 3 bulan = RM5,400
RM5400 / 24 bulan = RM225

#3: Pada tahun berikutnya, anda mula apply ASB financing RM30K untuk tempoh 30 tahun. Bulanan RM165 tanpa takaful. Anda kekalkan pelaburan ini selama tempoh 3 tahun tanpa ambil dividen dan batalkan pelaburan. Hasilnya baki prinsipal + dividen terkumpul = RM1350 + RM7,009 = RM8,359

IKLAN

#4: Dalam tahun yang sama apabila anda apply ASB Financing, anda juga mula simpan RM100 sebulan sebagai simpanan cash anda di ASB. Bermakna simpanan bulanan anda adalah RM265. Hasil simpanan selepas 3 tahun adalah RM4,017.

#5: Pada tahun kelima juga simpanan epf akaun 2 anda ada jumlah lebih kurang RM10,000. Gunakan duit ini untuk beli Rumah pertama yang berharga kurang RM100K. Tak jumpa? Cuba cari. Mesti jumpa.

#6: Hasil simpanan keseluruhan adalah:

IKLAN

Simpanan kecemasan: RM5400
Pembiayaan ASB financing: RM8,359
Simpanan cash di ASB: RM4,017
Epf akaun 2: RM10,000
Jumlah: RM27,776

#7: Gunakan duit ini sebaiknya. Lebih baik lagi apabila bakal pasangan juga mempunyai simpanan yang lebih kurang sama. Anda berdua akan dapat jumlah cash RM54K. Seronok kan. Jangan guna untuk enjoy sakan. Simpan pula untuk masa depan.

#8: Anda rasa susah juga nak follow tips ini. Anda di sarankan cari tambahan pendapatan. Kos sara hidup makin tinggi bukan untuk dirunguti tetapi mengatasi.

#9: Anda tahan kehendak anda sementara untuk miliki rumah dan berkeluarga. Jika Bakal pasangan tak boleh tunggu 5 tahun. Anda adjust lah sampai cukup duit untuk kahwin dan miliki rumah pertama. Jangan banyak berfoya-foya sekali sekala pergi travel tidak mengapa. Reward lah diri anda yang penat bekerja.

#10: Kita hanya mampu merancang selebihnya Tuhan yang tentukan. At least kita berusaha untuk bina masjid dengan si dia.

Sumber: Syafieqah A’lya

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI