Gara-Gara Bertengkar, Wanita Cantik Picit Telur Teman Lelaki Sehingga Berdarah

1203

Pernah dengar tentang keganasan domestik? Baru-baru ini di Amerika Syarikat, seorang lelaki mengalami pendarahan pada bahagian telurnya.

Ini kerana teman wanitanya, Katie Pitchford, 21, dikatakan gagal mengawal kemarahan selepas kedua-duanya terbabit dalam satu pertengkaran.

Kejadian berlaku 4 pagi

Oleh kerana merasakan diri terancam, lelaki tersebut melarikan diri daripada Katie dan seterusnya menghubungi pihak polis bagi meminta bantuan.

Ketika ditahan, Katie menolak dakwaan demikian dan menegaskan bahawa mereka cuma pergaduhan biasa tanpa melibatkan serangan fizikal.

Ditahan kerana keganasan domestik

Dalam masa sama, Katie juga ada membuat permohonan kepada pihak polis dengan merayu mahu bertemu dengan teman lelakinya bagi memohon maaf.

Namun demikian, Katie dibawa ke penjara dan didakwa di mahkamah atas tuduhan melakukan serangan keganasan domestik.

Sumber : The Star