“Hari ini dunia kehilangan seorang pelakon popular Black Panther, Chadwick Boseman. Ramai bertanyakan kepada kami, siapakah yang berisiko untuk mendapat kanser usus?”

Itulah antara pertanyaan yang sering diajukan kepada para doktor dan pakar perubatan, namun mengikut kenyataan Public Health Malaysia di Facebook ada memberi kenyataan berkenaan dengan isu ini.

Menurutnya ada beberapa punca kanser usus.antaranya daging proses….

Hati-hati, Ini Risiko Kanser Usus Yang Menanti Anda

IKLAN

RISIKO KANSER KOLOREKTAL MENINGKAT 19% UNTUK SETIAP 25GRAM DAGING PROSES SETIAP HARI!

Baca: Rupanya 4 Makanan Yang Biasa Kita Makan Ini Boleh Menyebabkan Perut Berangin!

“Risiko juga meningkat untuk yang gemar memakan daging (merah) dan juga kurang memakan sayur. 95% rakyat Malaysia tidak memakan sayur dan buah-buahan yang mencukupi. Dan kanser kolon adalah kanser utama yang menyerang rakyat Malaysia!”

IKLAN

Malah, katanya perokok juga lebih terdedah dari terkena penyakit ini.

IKLAN

Hati-hati, Ini Risiko Kanser Usus Yang Menanti Anda

“Jadi pada yang suka memakan makanan yang diproses dan daging merah, berpada-padalah mengambilnya ye. Dan lebihkan memakan sayur dan buah iaitu 5 hidangan setiap hari”

APA ITU KANSER KOLOREKTAL?

Kanser kolorektal adalah kanser paling kerap berlaku di kalangan lelaki, dan kedua tertinggi di kalangan perempuan. Terbaru, kita dikejutkan oleh kematian pelakon Black Panther, Chadwick Boseman, disebabkan oleh kanser kolorektal.
Tahukah anda, lebih 70% kanser kolorektal di Malaysia dikesan pada tahap 3 dan 4. Ianya agak lewat dan sukar untuk dirawat. Malah, kita kerap dikejutkan dengan serangan kanser kolorektal pada usia muda. Ianya tidak lagi kanser orang tua semata-mata.
Kerajaan telah memperkenalkan saringan kolorektal di Klinik Kesihatan.
Jika anda mempunyai gejala seperti:
Sakit perut berpanjangan,
– Najis berdarah,
– Masalah buang air besar seperti sembelit berselang cirit,
– Letih berpanjangan dan
– Hilang selera makan, anda boleh melakukan saringan kolorektal di klinik kesihatan.
Norma baru klinik kesihatan memerlukan anda mendapatkan temujanji jika ingin datang ke klinik. Anda boleh layari laman web berikut untuk mendapatkan temujanji di klinik kesihatan:
1) Johor (J-QROA) – http://jknj2.moh.gov.my/qrtca/
2) Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan (QMED)- https://qmed.asia/booking
Share info ini di instagram, twitter dan whatsapp keluarga/sedara-mara agar semua mendapat info tentang perkara ini. Anda mungkin dapat membantu mereka yang memerlukan.

Sumber: Public Health Malaysia

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI