Foto: dollarshaveclub

Siapa yang tidak rimas kalau kulit badan penuh dengan panau dan bertompok-tompok. Nak berlenggeng (tidak memakai baju) pun rasa malu apabila badan ada panau.

Selain menghilangkan keyakinan diri, orang sekeliling pasti risau jika panau ini boleh berjangkit.

Namun, jangan bimbang kerana panau tidak berjangkit kepada orang lain. Bahkan menurut perkongsian Dr. Abdul Rahim di laman Facebooknya, panau juga boleh sembuh sepenuhnya jika anda merawatnya.

Bagi mengelakkan kulit anda naik panau, perkara utama yang perlu anda titikberatkan adalah menjaga kebersihan diri dan memastikan kulit tidak lembap serta berpeluh.

“Tak smart kulit kita bila kena PANAU, Macam mana nak elak dan rawat panau ni?”

Cuba periksa kulit tubuh anda. Ada tak PETA-PETA Pulau Pinang, Langkawi, Peta Malaysia atau World Map? Colour peta ni lain daripada warna kulit kita. Peta-peta ni le.

A. Maksud panau

Panau/ Tinea Vesicolor namanya. Ia amat memalukan doc/ anda.

Panau ini di atas permukaan lapisan luaran kulit doc/ anda yang ada banyak sebum/ minyak seperti dada, belakang badan, muka, leher, perut, kulit kepala dan lain-lain. Ia disebabkan oleh kulat jenis Malassezia. Kulat ini sentiasa di kulit kita sebagai flora kulit yang normal tapi dengan kondisi tertentu, ia membiak tidak terkawal membentuk panau di kulit kita.

IKLAN

B. Siapa yang boleh mendapat panau?

1. Siapa saja. Doc pun boleh kena.
2. Orang yang low immunity dan kurang zat makanan.
3. Anda yang hyperhidrosis atau peluh yang berlebihan.
4. Badan berminyak.
5. Mudah orang Malaysia kena sebab cuaca kita panas, berkuap dan lembap. Mudah panau ini membiak di atas kulit kita dalam suasana macam ini.

Foto: Wikipedia

C. Apa rupa “PETA”/ penyakit panau anda?

1. Peta-peta tinea versicolor berbentuk bintik-bintik, tompok-tompok atau warna berubah-ubah daripada pucat putih hingga terang atau coklat gelap hingga merah jambu atau merah hingga kelabu-hitam. Macam-macam warna. HYPOPIGMENTATION. Habis le, kulit kita macam kulit RIMAU BINTANG le! Hihihihi. Fungus/ kulat ni menghasilkan bahan kimia yang menghalang fungsi normal sel pigmen kita/ melanin. Maka terjadi perubahan warna kulit apabila kulit itu terinfeksi kulat/ fungus panau ini.

2. Bentuk peta ini boleh jadi bulat atau lonjong macam pulau-pulau kecil. Ada yang bercantum berbentuk peta-peta pulau, peta Malaysia atau World Map.

3. Permukaannya berdebu halus. Sporanya!

4. Ada yang GATAL. Lagi gatal waktu peluh.

Yg BEST-nya PANAU TIDAK BERJANGKIT kepada orang lain.

Kalau la pasangan anda RIMAU BINTANG, anda tak mestinya RIMAU BINTANG.

D. Rawatan panau

1. Ubat Sapu:
a. Losyen Selenium Sulphide
b. Propylene Glycol
c. Whitfield’s Ointment

2. Ubat sapu antikulat:
Clotrimazole, Miconazole, Ketoconazole, Econazole, Tioconazole

3. Krim Terbinafine

4. Rawatan sistemik antikulat:
Tablet itraconazole, Fluconazole & Ketoconazole

The Good news untuk anda, panau ini BOLEH sembuh totally.

Warna kulit anda akan dapat warna kulit yang sedia kala apabila semua kulat/ fungus ini mati dengan krim dan ubat di atas. Baru fungsi sel warna kulit/ melanin doc/ anda kembali normal. Jadi daripada KULIT RIMAU BINTANG akan menjadi warna KULIT MANUSIA kembali. Hihihi. Pasangan tengok lawa/ handsome kembali. Kalau tak, pasangan kata “GELI” tengok kulit anda.

Ada yang mengambil berminggu-minggu atau berbulan untuk mendapatkan warna kulit yang asal walaupun kulat/ fungus panau dah KO dah.

Daripada:
Dr. Abdul Rahim
#KlinikAbdulRahim