Jangan Bersemburit, Pengkaji Haiwan Dedahkan Ia Amalan Pelik Bagi Spesies Beruk

917

Di negara Jepun dan Afrika, pengkaji haiwan telah menemui perangai pelik spesies beruk kerana apabila tiba musim mengawan, nampaknya beruk betina sudah susah ‘cari makan’.

Sudahlah spesies beruk betina pernah diserang beruk betina lain untuk dipuaskan nafsu mereka, kini beruk jantan juga seolah-olah mula beralih arah.

Terjadi semasa musim mengawan

Menurut Paul Vasey dari Universitas Lethbridge, dia yang mengkaji perilaku beruk selama 20 tahun berasakan ia sesuatu yang aneh.

“Haiwan-haiwan ini seolah-olah bertukar menjadi homoseks dan ia sesuatu yang tidak bagus untuk perkembangan spesis mereka.

“Namun pada waktu lain, beruk-beruk ini kelihatan normal semula. Sekali berlaku, ia boleh melibatkan seluruh habitat,” ujar Paul kepada BBC.

Manusia ikut jejak langkah beruk

Namun begitu menepati peringatan akhir zaman, sudah ada kelompok manusia yang mengulangi kesilapan umat terdahulu.

Selain negara Barat, negara di Asia termasuk Malaysia sendiri sudah menular bahayanya tabiat di luar tabii ini.

Meskipun peringatan diberi, komuniti kecil mereka perlahan-lahan memperjuangkan hak asasi mereka dengan pelbagai cara yang halus.

Lebih menakutkan, ada juga segelintir golongan peguam serta ahli akademik bersama kumpulan ini dan mereka boleh mempengaruhi orang lain.

Sama seperti coretan Paul, kelakuan tersebut telah dilakukan oleh sekumpulan beruk di Jepun dan Afrika antara yang dikenal pasti.

Jauhi bersemburit

Kelakuan melakukan hubungan seks sesama jantina adalah perkara yang paling tidak boleh diterima akal kerana makhluk ini dicipta secara berpasangan.

Baru-baru ini pula, tular perkataan baharu daripada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang menjelaskan maksud ‘bersemburit’.

Menurut DBP, bersemburit merujuk kepada perlakuan lelaki yang bersetubuh sesama lelaki dan dari sudut pandangan manusia normal serta Islam, ia adalah sesuatu yang salah.

Sengaja mencari penyakit kelamin, darah tercemar

Perbuatan ini bukan sahaja dianggap ‘sakit’ malah pelakunya terdedah kepada risiko menghidap penyakit kelamin termasuki HIV dan AIDS.

Ketika HIV dan AIDS mula dikenal pasti dalam badan manusia di Amerika Syarikat, satu persamaan yang kerap ditemui penyelidik adalah kebanyakan mangsa terdiri daripada golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Mangsa yang tidak terlibat dengan LGBT pula didapati mendapat jangkitan selepas menerima darah tercemar, berkongsi jaram dadah atau hubungan seks heteroseksual (normal) tetapi rata-ratanya dikesan kembali kepada seorang pengamal LGBT.