Jutawan Berlian Meninggal Dunia Kerana Komplikasi Pembedahan Membesarkan Alat Kelamin

155

Bila brcakap tentang alat kelamin, orang lelaki memang akan capat sahaja terganggu perhatian mereka. Maka tak hairanlah di pasaran (sama ada pasaran terbuka atau haram) produk-produk berkaitan alat kelamin dan seksual begitu mendapat sambutan.

Malah kita juga sering membaca laporan di mana ahli bomba terpaksa dikerah untuk menyelamatkan lelaki yang menyarungkan pelbagai jenis bentuk cincin kemaluan kononnya untuk membantu mereka melakukan hubungan kelamin lebih baik.

Tapi kini ada kaedah yang lebih ekstrem iaitu pembedahan. Orang yang mempunyai wang boleh melakukan apa sahaja yang mereka mahukan termasuklah mengubah saiz alat kelamin.

BACA: Hubungan Kelamin Yang Lebih Teratur Boleh Mengurangkan Risiko Mati Pucuk?

Namun malang menimpa bagi seorang jutawan berlian di Perancis apabila dia berdepan ajal ketika melakukan pembedahan membesarkan ‘anunya’.

Menurut laporan dari media Belgium, Ehud Arye Laniado, jutawan dan ahli pernigaan berlian yang berusia 65 tahun mengunjungi sebuah pusat kesihatan di Avenues des Champs-Elysees pada Sabtu lalu. Ketika melakukan pembedahan dia telah berdepan komplikasi teruk dalam bentuk serangan jantung.

Gambar hiasan

Dia dilapaorkan mengalami serangan jantung selepas sejenis cecair disuntik pada alat kelaminnya. Syarikatnya, Omega Diamonds yang berpangkalan di Antwerp, Belgium turut mengucapkan selamat tinggal kepada taikun berlian yang turut dikenali dengan gelaran ‘The Argentinian’ kerana berpenampilan seperti penari tango.

Kepada anda yang pasang cita-cita nak lakukan perkara sama, fikirlah dengan masak-masak dulu ya. Jangan diikutkan sangat kehendak dan nafsu kelak nanti badan yang binasa.

Tinggalkan Komen