Perahan jus limau kasturi bukan saja sedap dijadikan minuman, namun keistimewaannya juga boleh memberi khasiat buat jantung anda.

Buahnya nampak kecil tapi khasiatnya cukup luar biasa. Selain sinonim diminum untuk membuang lemak degil dan membantu mengatasi masalah sakit tekak, jus limau kasturi ini jika diminum bersama madu boleh membantu untuk kesihatan jantung.

Kehebatan buah limau kasturi ini dikongsikan oleh Dr Suri Roowi menerusi laman Facebooknya tentang kaitan limau kasturi dan jantung.

Semoga perkongsian beliau ini bermanfaat untuk kita menjaga kesihatan jantung.

LIMAU dan JANTUNG

Kita dikejutkan dengan insiden kematian mengejut baru-baru ini akibat sakit jantung

IKLAN

Kajian telah saya lakukan di University of Glasgow, Scotland, United Kingdom pada 2005 hingga 2008 dan diterbitkan dalam Journal of Agriculture and Food Chemistry pada tahun 2011.

Hasil kajian mendapati limau kasturi kaya bahan berkhasiat yang dikenali sebagai vitexin rhamnoside.

Bahan ini boleh meningkatkan aliran darah dalam jantung dan stabilkan degupan jantung.

Bahan ini banyak dalam “hawthorn berry” atau nama saintifiknya Crataegus oxyacantha.

Produk berasaskan “hawthorn berry” banyak dijual difarmasi di luar negara.

Tumbuhan ini juga telah digunakan berabad lamanya sebagai tonik jantung, membaiki fungsi jantung dan membantu aliran darah.

Cara minum untuk mendapatkan khasiat limau kasturi

Untuk mendapatkan khasiatnya yang banyak, minumlah limau kasturi bersama sedikit madu.

Ambil bersama sedikit makanan dan minum ikut kadarnya. Elakkan minum waktu perut kosong

Jangan lupa dapatkan madu tualang asli

Dapatkan nasihat Dr anda

#DrSuriRoowi Principal Scientist