Kawal Ketagihan Mastrubasi Anda Dengan Makan Kuaci Setiap Hari

325

Masturbasi ataupun onani sering dikaitkan dengan aktiviti solo baik lelaki mahu pun perempuan yang gemar bersendiri dan memuaskan nafsu secara peribadi.

Meski pun ramai yang mengetahui kesan buruknya, ketagihannya seperti agak sukar dikawal kerana bagi segelintir individu, ia tak ubah seperti satu hobi nakal.

Kaedah baharu ditemui

Namun demikian seorang pengkaji, Peter Filinovich dari Ayurvedic Remedies telah menemui satu kaedah terbaharu untuk mengurangkan ketagihan tersebut.

Ujar Peter dalam sebuah penulisannya menerusi jurnal kesihatan, antara kaedah yang boleh dilakukan orang ramai adalah dengan memakan kuaci.

Dakwanya, dengan amalan pengambilan kuaci tersebut, seseorang itu dapat menghindarkan otak dan tubuh mereka daripada menurut keinginan seksual.

Kuaci kandungi magnesium 

Kuaci dipercayai mampu membantutkan hasrat untuk beronani secara berlebihan kerana biji bunga matahari itu mengandungi zat yang bernama magnesium.

Magnesium ini pula sememangnya diketahui dapat memberi kesan yang baik untuk membuatkan otak jadi tenang dan lebih rileks.

Boleh terus cuba

Selain kuaci, Peter juga berkongsi rahsia bahawa kacang tanah merupakan makanan yang dapat membantu mengatasi masalah ketagihan beronani secara serius ini.

Jadi kepada anda yang terpaksa pergi ke ‘bilik air’ setiap masa dan bersendirian dalam bilik lama-lama, ada wajar cuba untuk makan kuaci bermula hari ini.

Tinggalkan Komen