Baru-baru ini Sinar Harian ada membuat Wacana Sinar Harian dan memanggil barisan panel Zulkarnain Mohd Yasin, Ketua Pegawai Pemathunan SKMM, Amrahi Buang, Presiden Persatuan Farmasi Malaysia dan Dr. Noordin Darus, Doktor Kesihatan Profesional. Rata-rata ia berjalan dengan lancar dan seperti yang diingini.

Namun, apa yang menariknya kata Doktor Kesihatan Profesional itu, penduduk perlu bertenang dan tidak perlu panik. Bukan itu sahaja malah beberapa tip serta langkah pencegahan turut dibincangkan.

“Apa yang menyebabkan kita mudah kena jangkitan sesuatu virus atau penyakit adalah bergantung kepada imuniti tubuh kita. Perkara ini mudah, kita cuma perlu jaga diri.

“Koronavirus ini terkenal dengan sifatnya yang takut air, jadi untuk jaga diri kena kerap mandi, jaga pemakanan dan hadkan pergerakan ketika ini.

IKLAN

“Jika terkena virus perlulah minum air kelapa dan air limau yang kaya dengan kandungan vitamin c. Minum 6-7 gelas dalam sehari pada hari pertama, jika tidak banyak makan pun tidak mengapa,” jelasnya.

Pada hari kedua beliau memberitahu, amalkan minum air sekurang-kurangnya 5 gelas dan bahan-bahan sayuran jenis duan hijau seperti kangkung kerana ia bagus untuk meningkatkan imunisasi badan. Seterusnya, pada hari ketiga pula amalkan minum air kemudian baru boleh makan makanan sendiri.

“Uniknya koronavirus dia serang saluran pernafasan sama seperti influenza. Jadi saya juga nasihatkan jangan kerap makan gula, susu dan daging (sebagai usaha meningkatkan ketahanan badan),” katanya lagi.

Dalam wacana yang dikendalikan moderator, Sayed Munawwar Sayed Mohd Mustar itu, para panel memuji tindakan yang diambil kerajaan dalam menangani penularan wabak koronavirus di negara ini yang disifatkan sebagai paling cepat berdasarkan pengalaman berdepan wabak berbahaya sebelum ini.

Namun dari sudut sains, dicatatkan cuma 0.018 peratus mangsa meninggal itu dikira rendah berbanding situasi di Wuhan purata kematian yang direkodkan antara 2 hingga 2.3 peratus.

Sumber: Sinar Harian