Car photo created by standret - www.freepik.com

Bagi anda selaku pemilik kereta pasti mahukan kondisinya sentiasa berada dalam keadaan baik. Apatah lagi jika kereta anda itu kereta yang masih baru digunakan dalam tempoh dua hingga tiga tahun. Ditatang bagaikan minyak yang penuh bak kata orang.

Jadi jika ada sesuatu yang tidak kena mesti anda rasa panik dan tidak senang duduk bukan? Begitulah yang berlaku kepada penulis bebrapa minggu lalu apabila berdepan dengan masalah lampi indikator handbrake tidak berhenti menyala.

Sedangkan handbrake telah berkali-kali diangkat dan diturunkan. Namun ia masih terus menyala dan degil tidak mahu padam seperti biasa. Sebagai pemilik kereta yang cukup kasual, perkara seperti ini memang cukup merungsingkan kerana risau ada berlaku kerosakan yang lebih serius.

IKLAN

Untuk kenal pasti masalah ini terlebih dahulu kita kenal pasti apakah fungsi indikator lampu handbrake sebenarnya. Fungsi pertamanya ialah memberi amaran bahawa handbrake sedang ditarik atau dikenakan ke atas kereta. Dan fungsi seterusnya ialah memberi amaran bahawa terdapat masalah lain yang melibatkan sistem tersebut.

PUNCA SEBENAR

Selepas tidak pasti, penulis ambil keputusan untuk membawanya ke bengkel. Tiba di bengkel ceritalah masalah yang berlaku.

IKLAN

Perkara pertama yang mekanik tersebut lakukan ialah memeriksa kandungan minyak brek sudah berkurangan. Jelasnya itulah yang menyebabkan lampu indikator handbrake menyala. Rupanya jika minyak brek berkurang ia juga boleh menyebabkan lampu tersebut menyala.

Jadi kepada anda yang berdepan masalah sama, sentiasalah periksa para minyak dan cecair dalam kereta. Tidak kiralah minyak brek, air radiator atau minyak hitam sekali pun. Kadang-kadang masalah yang berlaku hanyalah disebabkan kurang penyelengaraan seperti ini.

IKLAN

Sebelum melarat menjadi masalah lebih serius adalah lebih baik kita ambil langkah pencegahan. Namun jiak anda dapati ia masih menyala sedangkan minyak brek sudah ditambah, bermakna ada masalah lain yang mungkin lebih serius.

Bawalah ke bengkel untuk pemeriksaan lebih teliti.