Car photo created by senivpetro - www.freepik.com

Buat anda yang baru memiliki kereta pastinya tidak dapat lari daripada perasaan yang sangat teruja. Mendapat kereta baru memang satu perkara yang cukup menyeronokkan buat sesiapapun.

Namun di sebalik keterujaan rasa seronok ia akan disusuli pula dengan komitmen dan tanggungjawab untuk menjaga kereta dengan baik. Apatah lagi memiliki kereta yang baru, pastilah anda ingin menjaganya sebaik mungkin.

Salah satu langkah penjagaan yang baik ialah memastikan kereta akan dihantar untuk mendapatkan servis bila sudah tiba masa sama ada mengikut jumlah perjalanan atau bulan.

Ada yang lebih suka menghantar ke pusat servis rasmi pengeluar kereta dan tidak kurang juga ke bengkel-bengkel persendirian. Mana-mana pun boleh asalkan kena dengan bajet anda.

Namun sedar atau tidak kos menyelenggara atau servis kereta mungkin berbeza-beza di antara tempat yang dinyatakan di atas. Dan ia berbeza berdasarkan beberapa faktor. Jadi sebagai pengguna kita perlulah bijak dalam berbelanja. Antaranya ialah ambil tahu serba sedikit tentang komponen kereta.

IKLAN

Terdapat beberapa tip boleh anda amalkan untuk berbelanja dengan bijak dan lebih jimat.

IKUT JADUAL

Pastikan anda servis kereta ikut jadual sama ada ikut kilometer atau tempoh masa. Lebih baik ikut yang mana sampai dahulu. Katakan walaupun sudah lebih 6 bulan namun jumlah kilometer belum mencecah lagi, hantar sahaja terus untuk ke bengkel.

Ini dikhuariti sesetengah komponen terjejas dalam jangka masa tertentu walaupun jumlah kilometer belum ke tahap ditetapkan.

IKLAN
Car photo created by standret – www.freepik.com

BATERI TERMINAL PROTECTOR

Harganya tidak mahal dalam lebih kurang bawah RM10 sahaja. Namun komponen ini tidak perlu ditukar setiap kali servis. Walaupun murah namun jika 10 kali dihantar servis bermaksud jumlahnya agak signifikan. Biarkan sahaja ia melainkan berlaku kerosakan atau apabila anda tukar bateri sahaja.

CABIN FILTER

Antara komponen yang anda boleh cuci sendiri. Tahukah anda dengan melakukans servis sendiri cabin filter anda boleh jimat sehingga RM80 (bergantung kepada jenama kereta). Melainkan ia benar-benar diselaputi kotoran sehingga hitam legam maka perlulah ditukar baru.

Car photo created by prostooleh – www.freepik.com

CECAIR PENCUCI CERMIN

Ini pun tidak perlu untuk anda ambil. Guna sahaja cecair pencucui yang anda beli sendiri atau boleh guna cecair gel pencuci pinggan sahaja. Kenapa perlu berbelanja lebih sedangkan boleh berjimat, bukan?

IKLAN

TUKAR TAYAR

Harga tayar baharu dipusat servis rasmi lebih mahal daripada hargha pasaran atau kedai di luar. Jadi bijaklah dalam melakukan perbelanjaan di pusat servis. Jangan hanya mengiyakan apa yang dinyatakan oleh mereka. Kelak anda juga yang perlu membayar harga lebih mahal.

MINYAN ENJIN

Setiap kali servis pastinya kita akan tukar minyak enjin. Kebiasaannya dalam botol minyak anjin akan ada lebihan minyak. Jangan tinggal dan buang sisa minyak tersebut. Anda boleh simpan dan kumpul sehingga ia penuh satu botol. Bila sudah pernuh anda jimat belanja satu botol minyak enjin!

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada anda. Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN!