Bukan senang nak miliki badan idaman. Kalau tak disertakan dengan diet dan senaman yang konsisten, mana mungkin badan anda boleh cantik, tegap dan mantap. Tidak perlu berhabis duit dengan ambil pelbagai produk, cara ini juga boleh membantu anda miliki badan cantik.

Cara yang disertakan ini pastinya menjimatkan. Jika konsisten mengamalkannya, pasti misi anda mendapatkan badan yang cantik akan tercapai. Ini 10 cara yang boleh anda ikuti.

Tip 1: Minum air bersih 8 gelas sehari

Lakukan 10 Tip Ini Kalau Nak Badan Cantik & Mantap. Mudah Je Nak Buat!

Minum air dalam kuantiti yang banyak boleh menurunkan selera makan anda secara semula jadi. Oleh itu, sebelum anda ambil makanan berat, minumlah air terlebih dahulu. Dengan berbuat demikian, perut anda akan brada kenyang lantas mengelakkan anda daripada makan dengan kuantiti yang banyak.

Tip 2: Kurangkan makanan yang bergaram

Pengambilan garam dalam kuantiti yang tinggi boleh menggalakkan penakungan air dalam badan. Apabila anda mengurangkan mengambil garam, ini sekali gus menyebabkan badan tidak menakung air dengan banyak. Seterusnya, tiada lagi masalah gemuk air.

Tip 3: Jadikan air limau sebagai favourite drinks

Lakukan 10 Tip Ini Kalau Nak Badan Cantik & Mantap. Mudah Je Nak Buat!

IKLAN

Semasa anda makan di rumah mahupun di kedai makan, ambillah air limau nipis, lemon atau jus oren. Ini kerana, minuman masam seperti ini boleh menggalakkan pembakaran lemak di dalam badan. Namun ingat! Elak mengambil air limau yang manis.

Tip 4: Katakan tidak kepada minuman berkarbonat

Penulis yakin, anda pasti tahu bahawa minuman berkarbonat mengandungi 7-8 sudu gula. Banyak bukan? Dengan kandungan gula sebanyak itu, terang-terangan ia mampu memberi kemudaratan kepada tubuh badan jika diambil selalu. Malah minuman manis seperti ini boleh mengganggu pelan diet anda.

Tip 5: Amalkan teknik pemakanan yang betul

Teknik pemakanan di sini merujuk kepada teknik anda mengunyah makanan. Semasa makan, kunyahlah makanan secara perlahan-lahan dan jangan tergopoh-gapah. Cuba kunyah makanan yang disuap menjadi cebisan yang kecil sebelum menetelan agar ia mudah dihadam kelak. Malah cara ini juga membuatkan perut anda kenyang.

IKLAN

Tip 6: Gunakan piring makanan yang kecil dan rata

Lakukan 10 Tip Ini Kalau Nak Badan Cantik & Mantap. Mudah Je Nak Buat!

Elakkan menggunakan piring yang cekung dan berdiameter besar. Dengan memilih pinggan yang kecil dan rata, secara tidak langsung anda akan mengambil makanan dalam kuantiti yang sedikit serta mengelakkan anda mengambil makanan secara berlebihan.

Tip 7: Jangan percaya dengan pelbagai mitos diet

Dalam amalan mendapatkan badan yang cantik dan mantap, kerap kita dengar pelbagai mitos diet. Antaranya, elak makan sarapan kalau nak kurus, jangan minum air masak nanti perut kembung dan banyak lagi. Sedangkan, mitos-mitos diet itu sebenarnya salah dan tidak sepatutnya anda ikuti.

IKLAN

Paling terbaik, amalkan pelan diet yang sempurna dengan mengambil sarapan pagi sihat sebagaimana yang disarankan. Malah banyak minum air juga sangat penting dalam proses untuk miliki badan cantik dan mantap.

Tip 8: Tetapkan sasaran yang realistik

Lakukan 10 Tip Ini Kalau Nak Badan Cantik & Mantap. Mudah Je Nak Buat!

Anda harus meletakkan sasaran dalam tempoh anda ingin menurunkan berat badan. Contohnya, minggu ini anda menyasarkan untuk turun berat badan sebanyak 0.5 kg. Manakala untuk minggu-minggu seterusnya, tingkatkan kepada 1-2 kg bagi mencapai berat badan impian. Dengan adanya sasaran ini akan memudahkan rancangan diet anda.

Tip 9: Jangan timbang berat badan setiap hari

Alasannya? Jika anda berbuat demikian, ia boleh membuatkan anda berputus asa kerana anda tidak dapat melihat perubahan. Anda dicadangakan untuk menimbang berat badan pada setiap minggu atau dua kali sebulan.

Tip 10: Buat catatan atau diari diet sebagai rekod

Untuk tips ini, disarankan agar anda memiliki sebuah buku catatan atau diari diet. Dalam diari tersebut, anda perlu merekodkan setiap hari berapa kali dan berapa banyak yang anda makan, tahap kelaparan dan perasaan anda ketika makan.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI