Menu Berbuka Kek Milo Viral, Senang & Mudah Orang Bujang Pun Boleh Buat

1189

Hari ini sudah masuk hari ketiga kita berpuasa. Pastinya pelbagai jenis juadah berbuka yang mungkin berada dalam checklist anda untuk sepanjang bulan Ramadan.

Dan MASKULIN yakin dalam tempoh seminggu ini ramai umat Islam akan membanjiri pasar-pasar Ramadan untuk membeli juadah berbuka. Jika rasa malas bersesak mungkin anda boleh masak sendiri.

Untuk juada berbuka anda boleh cuba menu Kek Milo Viral yang bukan sahaja senang dimasak tetapi bahan-bahannya juga tak banyak. Sebab itulah MASKULIN cakap anda orang lelaki yang tak tahu memasak pun boleh buat. Terutamanya yang masih bujang.

Pernahkah anda mencuba kek Milo istimewa ini?

Pasti di rumah anda ada MILO, bukan?

Menu menggunakan Milo ini sebenarnya bukanlah baru diperkenalkan. Resepi istimewa yang pernah dikongsikan oleh pengguna Facebook bernama Sara Vee menerusi grup Masak Apa Hari Ni (MAHN).

Sejak perkongsian itu dimuat naik ia telah mendapat jumlah share melebih 5,100 kali!

Jom ikuti bahan-bahan dan cara membuatnya di bawah.

Bahan-Bahan

  • 4 biji telur
  • 2 cawan Milo
  • 2 sudu besar susu pekat

Cara-cara

  • Campurkan kesemua bahan dan gaulkan biar sebati. Lebih senang jika anda menggunakan mixer
  • Masukkan bahan tersebut ke dalam loyang
  • Bakar selama 45 minit dengan suhu 180 darjah Celcius
Inilah hasilnya!

Hidangan ini anda boleh nikmatinya untuk berbuka. Pasti sedap sehingga menjilat jari. Jika anda ada buat majlis buka puasa, inilah masa untuk tunjuk kehebatan kepada kawan-kawan dengan resepi kek viral Milo ini!

Selamat mencuba!

Kredit: Sara Vee

Tinggalkan Komen