Car photo created by senivpetro - www.freepik.com

Mungkin dalam tempoh beberapa hari lagi kita akan dapat menerima berita yang cukup dinantikan semua. Selepas sekian lama menanti, rakyat Malaysia akan diberikan kebenaran merentas negeri apabila kadar vaksinasi golongan dewasa mencapai 90%.

Ketika artikel ini ditulis, angka sudah pun mencech 88.8% dan ini bermakna dalam masa terdekat kebenaran rentas negeri akan dibenarkan seperti yang diperkatakan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menerusi ciapan di Twitter kendaliannya semalam.

Buat anda yang ingin balik kampung menziarahi keluarga terutamanya ibu bapa tercinta, buatlah persiapan sebaiknya seperti melakukan ujian menggunakan kit ujian kendiri Covid-19.

Rentas Negeri Tidak Lama Lagi, Ini Tip Pemanduan Selamat Perjalanan Jauh Pada Waktu Malam
Car photo created by drobotdean – www.freepik.com

MASKULIN juga yakin ramai yang akan mengambil peluang ini untuk pulang ke kampung dengan memandu pada waktu malam. Namun perlu ingat, pemanduan pada waktu malam agak berbeza berbanding memandu pada waktu siang.

Berikut MASKULIN kongsikan beberapa tip pemanduan waktu malam untuk perjalanan anda lebih selamat.

Malapkan cahaya dalam kereta

Untuk keselesaan memandu, anda perlu malapkan atau padamkan terus cahaya di dalam kereta anda. Ini kerana ia membantu anda fokus melihat cahaya dari luar. Gangguan lampu lain yang ada di dalam kereta boleh menganggu fokus pemanduan anda.

IKLAN

Pantau suasana sekeliling

Mata anda perlu awas melilau ke kiri dan kanan. Kalau di jalan-jalan kampung, biasanya tiada lampu jalan dan dikhuatiri ada yang berjalan di tepi jalan. Selain itu, dikhuatiri terdapat binatang yang suka kepada cahaya lampu yang suka melompar ke arah kereta anda.

Rehat mencukupi

Jika anda ingin melakukan pemanduan jarak jauh pada waktu malam, pastikan anda telah mendapat rehat secukupnya. Sebelum bertolak, tidurlah dalam satu ke dua jam. Ia boleh membuatkan anda jadi lebih segar untuk memandu selepas itu.

Rentas Negeri Tidak Lama Lagi, Ini Tip Pemanduan Selamat Perjalanan Jauh Pada Waktu Malam
Background photo created by fanjianhua – www.freepik.com

Minum kopi

Meminum kopi juga dapat membantu anda menghilangkan rasa mengantuk ketika memandu. Selain itu, minuman tenaga yang mengandungi kafein juga boleh membantu.

IKLAN

Elak kawasan sesak

Jika anda ingin berhenti di RnR, pastikan kawasan itu tidak terlalu sesak dengan orang ramai. Jika terdapat ramai orang contohnya di kedai makan, pilihlah opsyen untuk bungkus. Makan sahaja di dalam kereta atau di luar kereta dengan lebih selamat.

Selenggara lampu hadapan

Pastikan anda menyelenggara lampu hadapan kereta anda sebelum berjalan pada waktu malam. Ini kerana lampu kereta merupakan sesuatu yang sangat penting. Masa yang sama, anda juga boleh di saman kerana lampu kereta yang tidak hidup terutamanya lampu hadapan kereta.

Kekalkan jarak selamat

Jangan memandu terburu-buru dan pastikan anda kekal memandu pada jarak yang selamat daripada kereta di hadapan anda. Tujuannya untuk mengelakkan kemalangan.

IKLAN

Selain itu, untuk pastikan anda mempunyai jarak serta masa yang sesuai untuk berhenti jika kereta di hadapan membuat emergency break. Kalau tidak anda akan ‘cium’ bahagian belakang kereta hadapan.

Berhenti rehat

Jika mengantuk, pastikan anda rehatkan diri anda dengan tidur buat seketika. Dengan melelapkan mata, anda akan menikmati kesegaran untuk memandu semula.

Semoga pulang ke kampung dengan selamat. Sama-sama kita jaga kita!

https://www.youtube.com/watch?v=seqXmhZ2s6A

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI