Rupanya Perut Lelaki Mudah Buncit Sebab Selalu Buat 7 Tabiat Ini!

8037

Perut buncit adalah sarang penyakit. Jika tidak dijaga, mereka yang miliki perut buncit akan mudah diserang pelbagai penyakit merbahaya.

Sebenarnya bukan mudah untuk kita mengawal pemakanan dan menghapuskan perut buncit. Kalau tak cekal memang tak berjaya.

Dalam kita cuba untuk menjaga pemakanan, pasti ada pelbagai halangan yang datang sehingga sukar untuk kita mengelak berlakunya perut buncit.

Ini adalah di antara 5 tabiat yang lelaki selalu buat dan menjadi punca perut cepat buncit. Kalau nak buang perut buncit, belajarlah berubah agar anda boleh jauhi masalah perut buncit.

1. Kerap minum air bikarbonat

Ramai orang beranggapan tidak mengapa untuk minum satu tin air berkarbonat asalkan ia diiringi beberapa segelas air kosong. Mereka percaya air kosong akan ‘mencairkan’ kepekatan minuman berkarbonat.

Mitos ini sebenarnya salah kerana kita masih mengambil 10 sudu gula dalam minuman berkenaan. Dengan menambahkabn air kosong, ia tidak akan memberi apa-apa kesan kepada kandungan gula yang diambil. Malah mendedahkan kita kepada penyakit diabetes akibat kandungan gula yang tinggi.

Air berkarbonat atau soda adalah minuman yang paling digemari. Namun sedarkah anda bahawa satu tin minuman tersebut mengandungi 150 kalori, 30 hingga 55 mg kafein, pewarna dan pemanis minuman yang tinggi. Gula yang berlebihan dalam darah jika tidak dikawal akan mengakibatkan risiko diabetes.

Satu tin air berkarbonat mengandungi kira-kira 10 sudu gula, hampir dua kali melebihi pengambilan yang disarankan oleh pakar pemakanan iaitu enam sudu gula sehari, bergantung kepada pekerjaan dan kegiatan harian yang dilaksanakan.

2. Makan ketika emosi tidak stabil

Anda mungkin sudah biasa dengan istilah emotional eating, suatu keadaan di mana hasrat untuk makan dikawal oleh emosi yang tidak stabil. Jarang rasanya seseorang itu melampiaskan kemarahan atau emosinya melalui makanan.

Bahkan, ketika tidak merasa lapar pun hasrat untuk makan seringkali muncul saat emosi anda tidak stabil. Kebanyakan orang merasakan bahawa untuk melupakan stres, salah satu caranya adalah dengan makan secara berlebihan.

Namun tanpa disedari, tabiat atau kebiasaan makan seperti ini akan menjadikan seseorang itu makan mengikut emosi. Mereka merasakan bahawa makanan adalah satu-satunya jalan keluar untuk melupakan amarah, sedih atau tertekan.

3. Kekurangan protein

Protein adalah makanan terpenting untuk tubuh badan kita. Kesemua sel terbentuk hasil dari nutrien protein yang diambil. Kekurangan protein akan menyebabkan sistem badan dan sel-sel badan tidak dapat berfungsi dengan baik dan lancar.

Jadi apa kaitannya perut buncit dengan kekurangan protein? Salah satu sebab terjadinya perut buncit adalah akibat pengumpulan bendalir tisu. Protein juga dapat membantu tubuh mengawal hormon yang boleh meningkatkan nafsu makan.

Anda boleh mendapatkan sumber protein daripada daging, kerang, daging ayam (tanpa kulit), ikan salmon dan telur. Untuk mengatasi masalah perut buncit, makanlah sumber protein yang mencukupi.

Jika berlebihan pun tidak elok. Jadi berpada-padalah. Lebih baik jika sumber protein itu diambil dari bahan organik yang bukan sahaja selamat, malah membantu kehidupan anda menjadi lebih sihat.

4. Makan larut malam

Makan larut malam menjadi salah satu penyebab perut buncit. Ini kerana ketika kita tidur dengan perut kenyang maka akan berlakunya acid reflux atau gangguan pencernaan kerana posisi tidur tidak dapat bekerja dengan lancar atau membuatkan makanan tersebut dicerna dengan baik.

Jadi, caranya adalah dengan mengelakkan daripada mengambil makanan dalam jumlah atau kuantiti yang terlalu besar ketika malam. Jangan tidur setelah makan, sebaiknya tunggu antara 1 hingga 3 jam setelah makan.

Sekiranya anda rasa lapar ketika lewat malam, cukup dengan menikmati buah-buahan segar daripada anda mengambil makanan junk food atau makanan yang diproses (cepat saji).

5. Merokok

Amalan yang menyebabkan perut buncit ialah merokok atau penggunaan tembakau dengan cara lain. Ini kerana merokok boleh mengganggu dan menjejaskan aktiviti penghadaman.

Sikap suka merokok selepas makan akan menyebabkan perut buncit dan perut anda mudah berasa kembung kerana penghadaman terganggu. Oleh itu, cara terbaik untuk mengelakkan masalah perut buncit ini menghentikan tabiat merokok.

6. Tidur tak cukup 

Memiliki waktu tidur yang cukup merupakan perkara penting yang boleh mempengaruhi kesihatan anda. Banyak kajian menemukan bahawa kurang tidur mampu meningkatkan risiko kenaikan berat badan kesan daripada pengumpulan lemak visceral.

Jika anda tidur kurang daripada enam jam setiap malam, ini akan membesarkan peluang untuk lemak di perut membiak dan menjadi salah satu antara penyebab perut buncit.

7. Kurang minum air putih

Tahukah anda saat anda rasa lapar tak semestinya disebabkan anda kurang makan? Ketika kondisi tubuh anda kurang air, maka perut akan menyalahertikan rasa haus sebagai rasa lapar.

Tubuh yang mengalami dehidrasi akan menghantar signal yang mengatur nafsu makan yang dikenali sebagai hypothalamus. Ia akan memunculkan rasa lapar sehingga anda akan mencari makanan untuk dikunyah sedangkan anda sebenarnya hanya memerlukan segelas air putih sahaja.

Akan tetapi anda juga harus berwaspada. Minum air putih secara berlebihan juga tidak baik kerana ia boleh mengganggu organ tubuh bdan terutama bahagian buah pinggang. Jadi minumlah air putih secukupnya sahaja iaitu lapan gelas sehari.

Tinggalkan Komen