Okay pertama sekali bukan anda sahaja, malah MASKULIN juga pernah melakukan perkara ini suatu ketika dahulu.

Dari mana informasi ini datang, kita pun tak tahu. Tapi sejak kecil kita telah diberitahu bahawa jika anggota badan terkena air panas atau melecur, langkah rawatan awal yang digunakan ialah dengan menyapu kicap atau ubat gigi.

Contoh kecederaan serius melecur yang berlaku pada anggota badan seperti tangan.

BACA: Ketahui Punca & Rawatan Terbaik Elak Sakit Lutut Selepas Berlari

Malah ada juga yang menggunakan minyak gamar, tepung, telur dan bermacam bahan semulajadi yang lain.

Persoalannya adakah rawatan menggunakan bahan-bahan tersebut memberikan kesan?

IKLAN
Sebenarnya dari mana datangnya asal-usul gunakan kicap untuk rawat luka melecur?

Sebenarnya ia sangat bahaya dan boleh menyebabkan kecederaan melecur itu menjadi bertambah teruk!

Doktor Kamarul Ariffin Nor Sadan menerusi perkongsian bebenang ciapan di akaun Twitter telah menjelaskan dengan baik tentang risiko yang anda boleh hadapi jika menggunakan bahan-bahan tersebut sebagai rawatan awal.

IKLAN

Jelasnya penggunaan bahan tersebut boleh menyebabkan inflamasi yang lebih teruk dan berisiko terkena jangkitan!

Ikuti perkongsian dan ulaan beliau tentang kecederaan melecur.

3 TAHAP BERBEZA

Kecederaan melecur terbahagi kepada tiga tahap berbeza. Setiap tahap mewakili keseriusan kecederaan yang dialami oleh pesakit.

IKLAN

RAWATAN BETUL

Seperti yangh diperkatakan pada awal, jangan gunakan bahan yang tidak sesuai untuk melakukan rawatan terhadap kecederaan melecur. Berikut merupakan langkah rawatan awal yang tepat!

Buat anda terutamanya yang mempunyai anak kecil, sila awasi pergerakan mereka agar dijauhi daripada perkakasan rumah yang panas dan berhaba tinggi. Jangan ambil mudah rawatan awal. Jika tak dikendalikan dengan baik parut yang besar boleh kekal sampai ke tua.