COVID-19 boleh menjangkiti sesiapa sahaja yang terdedah atau mempunyai kontaks ecara langsung dengan indvidu positif. Ia tersebar melalui titisan air kecil atau droplets dari seseorang yang batuk, bersin atau pernafasan dalam kedudukan terlalu dekat.

Tapi kesan yang dihadapi oleh setiap indvidu berbeza-beza mengikut kondisi antibodi serta ketahanan badan mereka. Golongan veteran terutamanya sangat terdedah dengan bahaya dan risiko yang tinggi kerena antibodi yang lemah serta mempunyai latar belakang penyakit kronik yang lain.

Foto hiasan

Tapi tahukah anda bahawa golongan perokok juga berdepan komplikasi yang sangat berisiko tinggi jika mendapat jangkitan wabak COVID-19?

IKLAN

Menurut laporan European Centre for Disease Control and Prevention (ECDC) kajian mereka mendapati perokok merupakan golongan yang berpotensi terdedah kepada risiko yang sangat bahaya bila dijangkiti COVID-19.

Data dari China juga menunjukkan seramai 80% pesakit yang dijangkiti hanya mempunyai simptom yang sederhana manakala di Eropah ia menurun sedikit pada kadar 70%. Dikatakan tiga daripada 10 kes terpaksa di masukkan ke hospital.

Apabilaperokok tegar dijangkiti virus merbahaya ini mereka akan lebih terkesan dengan komplikasi masalah pernafasan. Lalu menjadikan golongan ini sebagai antara yang paling berisiko tinggi.

Kajian menunjukkan paru-paru perokok mempunyai tapak penerima virus corona lebih banyak. Tapak tersebut dikenali sebagai ACE2. Jadi risiko perokok untuk dijangkiti virus corona adalah lebih tinggi berbanding bukan perokok.

Sumber: Public Health Malaysia & The Edge