timing belt rosak
Foto: standret - www.freepik.com

Tanyalah mana-mana pemilik kenderaan. Di antara kerosakan kereta yang paling dirisaukan ialah timing belt rosak atau putus. Jadi sebelum rosak apakah gejala yang boleh kita perhatikan pada kenderaan selain jumlah perjalanan kilometer?

Sebelum itu kita kenali dahulu apakah itu timing belt dan juga fungsinya. Secara ringkasnya, timing belt merupakan kompsalah satu komponen enjin yang utama.

Biasanya ia diletakkan pada konfigurasi tertentu dan di bahagian sisi enjin. Manakala bagi fungsi utamanya pula, ia menggerakkan komponen-komponen pada bahagian atas enjin terutamanya camshaft agar seiringan dengan pergerakan crankshaft yang berada di bawah enjin.

Pada binaan asas enjin pula terbahagi kepada dua bahagian paling utama iaitu head atau cylinder head dan block atau cyclinder block. Pergerakan di dalam dua komponen berasingan ini dihubungkan oleh timing belt agar pergerakan di antara block dan head seiringan.

IKLAN

Tahukah anda terdapat 2 jenis timing dalam sistem enjin kenderaan kita. Selain timing belt terdapat juga timing chain. Jadi tahukah anda fungsi dan bila perlu kita menukarnya?

1. TIMING CHAIN

IKLAN

– Tidak perlu ditukar selagi belum berbunyi nyaring.
– Timing chain boleh bertahan sekurang-kurangnya sehingga 400,000 km atau lebih.
– Timing chain terletak di dalam bahagian enjin. Jadi ia terendam sekali dengan minyak enjin.
– Selagi minyak enjin (minyak hitam) ditukar mengikut jadual dan menjaga kuantitinya dalam enjin, lagi lama rantai tersebut boleh bertahan.
– Pastikan anda ikuti cara penjagaan minyak hitam yang betul.

BACA: Wak Doyok Bikin Ford Raptor F-150, Tak Sanggup Bawa Keluar Bila Hujan Sebab Sayang

IKLAN

2. TIMING BELT

– Ia perlu ditukar setiap kali 90,000 km atau 100,000 km dan kos menggantikan belting yang baru agak mahal.
– Jika anda menggunakan Perodua Kancil, ia lebih mahal dari timing belt Proton Wira.
– Kebiasaannya timing belt tidak bagi apa-apa tanda atau petunjuk bila ia nak putus. Tiba-tiba saja ia boleh putus dengan sendiri.
– Sesetengah enjin, ia ada gejala seperti berbunyi. Untuk memastikan bunyi tersebut berpunca dari timing belt, anda jiruskan sedikit air paip pada timing belt yang sedang berputar.
Jika gejala bunyi hilang semasa dibasahi air tersebut, maka memang timing belt kereta anda wajib segera diganti.
– Apabila timing belt putus, ia akan melibatkan kos yang sangat tinggi kerana komponen-komponen dalam enjin banyak yang akan rosak, patah dan retak. Jadi pastikan anda tukar timing belt tepat pada masanya.
– Timing belt – 60,000 km untuk kereta proton Wira, Saga. Waja boleh tahan sampai 90,000 km dan Honda CRV tahan sampai 160,000 km manakala Mercedes dicadangkan untuk tukar setiap 80,000 km.
– Jadi nak tukar timing belt ni kena ikut jenis kereta. Ramai orang tak tahu, bila sampai aje 60,000 km terus tukar tak kira la dia pakai apa kereta pun.

Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!