Water photo created by freepik - www.freepik.com

Sekarang boleh dikatakan hampir semua aktiviti sosial telah dibuka dan dibenarkan. Salah satu aktiviti yang ramai orang ternanti-natikan untuk melakukannya semula ialah aktiviti renang.

Selain pusat-pusat akuatik, lokasi seperti pulau peranginan, pantai, sungai, ari terjun dan juga taman tema menjadi pilihan. Namun untuk aktiviti renang yang dalam bentuk senaman anda perlulah melakukannya di lokasi sesuai seperti di kolam rosang atau pusat akuatik komuniti.

Renang merupakan satu bentuk aktiviti kecergasan yang cukup hebat. Lihat sahajalah atlet-atlet renang yang memiliki bentuk badan cukup mantap dan kuat. Malah stamina yang dimiliki mereka juga luar biasa.

Bagi anda yang baru ingin berjinak-jinak dengan aktiviti renang, berikut MASKULIN kongsikan beberapa kebaikan dan kelebihannya kepada anda.

TAK PERLU KOS TINGGI

Seperti larian, melakukan aktiviti renang tidak memerlukan kos yang tinggi. Tidak kisahlah di mana anda berenang, sama ada di air terjun, tasik, atau kolam renang awam, anda tidak perlu berbelanja dengan tinggi untuk aktiviti ini. Sama juga seperti berenang, hanya terjun dalam kolam, dan berenang mengikut tempo yang sesuai dengan diri anda.

IKLAN

BAKAR KALORI DENGAN EFISIEN

Tahukah anda melakukan renangan selama kira-kira satu jam mampu membakar sebanyak 500 kalori. Ini kerana ketika berenang, anda menggunakan otot seluruh badan untuk melakukan aktiviti ini.

Senaman ini tidak perlu fokus kepada sesuatu bahagian tubuh, ia akan guna semua otot yang ada di badan. Kajian juga menunjukkan sukan berenang adalah sukan yang berisiko kecederaan sangat rendah berbanding sukan berlari, angkat berat dan lain-lain.

Selain Dapat Stamina Lebih Mantap, Ini Beberapa Kelebihan Hebat Melakukan Aktiviti Renang
Hand photo created by drobotdean – www.freepik.com

PARU-PARU SIHAT

Aktiviti renang juga boleh membantu melatih dan meningkatkan prestasi paru-paru. Kena ingat, bukan badan sahaja yang perlukan senaman. Paru-paru juga perlukan senaman yang sesuai. Untuk buatkan paru-paru anda dapat senaman yang diperlukan, berenang adalah jawapannya.

IKLAN

Ini kerana apabila berenang, paru-paru anda perlu bekerja keras untuk menghantar oksigen yang mencukupi di seluruh badan. Ini membuatkan paru-paru anda lebih kuat serta tingkatkan sistem pernafasan.

KAWAL DIABETES

Sukan ini juga mampu bantu pesakit diabetis. Ia bantu mengawal tahap glukosa darah dan sangat sesuai untuk pesakit diabetis tahap 2. Masa yang sama ia bantu kuatkan jantung yang mana penyakit ini seringkali memberi kesan pada jantung.

Jika senaman lain agak keras dan membuatkan pengamalnya stress, berenang adalah jawapannya. Sukan renang memberikan anda ketenangan kerana apabila berada dalam air, anda tidak akan dengar suara orang lain.

IKLAN
Selain Dapat Stamina Lebih Mantap, Ini Beberapa Kelebihan Hebat Melakukan Aktiviti Renang
Water photo created by freepik – www.freepik.com

MENTAL LEBIH SIHAT

Seperti yang dinyatakan tadi, sukan renang bantu anda untuk lebih tenang. Tiada suara orang menjerit anda akan dengar, kerana di dalam air, ia lebih tumpat daripada permukaan kerana terdapat udara.

Setiap strok renangan yang anda buat, pasti akan bantu otak anda melepaskan segala stress yang pernah anda hadapi. Ia juga dikenali sebagai salah satu bentuk meditasi dalam air.

Kepada anda yang ingin aktif berenang, semoga perkongsian ini boleh memberikan anda suntikan semangat untuk terus melakukannya!

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI