Tahu Dahulu Potongan & Jenis Jeans Sebelum Beli, Barulah Fit Dengan Saiz Badan!

883

Jeans menjadi pakaian utama setiap orang pada masa kini. Tidak ada seorang pun manusia yang tidak mempunyai jeans di dalam almari pakaian mereka. Namun, ada yang melihat pemakaian denim dari bahagian pinggang ke buku lali ini satu pakaian yang boleh diambil mudah.

Lima bentuk potongan jeans

1. Skinny : Potongannya ketat dan melekat pada kaki.

2. Slim fit : Tidak terlalu ketat dan tidak terlalu longgar. Ia lurus dari bahagian pinggul sehinggalah ke kaki.

3. Regular : Jenis jeans yang lurus dan normal. Awalan, jeans jenis ini sahaja yang ada di pasaran. Ia tidak mempunyai potongan tersendiri dan hanya lurus dari bahagian pinggang ke hujung kaki. 

4. Relaxed : Seluar yang tidak mencengkam peha dan betis anda, kerana ia longgar dari bahagian pinggang sehingga bahagian kaki.

5. Loose : Seluar denim jenis ini sangat longgar. Biasanya ia gemar dipakai oleh lelaki muda yang gemarkan hip hop. Ia juga baik untuk mereka yang berbadan gempal kerana seluar jenis ini menyediakan banyak ruang di paha, kaki dan dan punggung.

Selain memilih bentuk jeans untuk kegunaan harian anda, dua pertimbangan penting lain untuk membeli seluar denim yang betul ialah jenis pinggang jeans dan saiz.

Jenis pinggang jeans adalah ukuran dari kelangkang ke bahagian atas pinggang.

Tiga jenis jeans

1. High rise

Seluar jeans ini bagus untuk lelaki yang lebih besar. Elak tuck in kemeja anda dengan seluar jenis ini kerana ia akan tampak lebih buruk. Ini kerana jeans jenis ini mempunyai keluasan seluar sehingga atas pusat.  

2. Medium or mid rise

Seluar jeans sederhana ini sangat bagus untuk lelaki yang lebih suka masukkan baju ke dalam seluar.

3. Low rise

Seluar jeans jenis ini biasanya lebih gemar dipakai oleh mereka yang ingin bersantai ataupun bercuti. Biasanya jeans ini mempunyai butang di bawah perut.

Tip!

Ukuran pada sepasang jeans merujuk kepada dua ukuran.

Contoh saiz:  27 × 34 (27 merujuk kepada saiz pinggang, manakala 34 merujuk kepada panjang iaitu pengukuran dari kelangkang ke pergelangan kaki)

Elak pilih jeans yang terlalu besar

Kebanyakan lelaki takut memakai jeans yang terlalu ketat dan sendat. Mereka tidak mahu dilihat padat dan tidak selesa, jadi mereka akan mengenakan seluar yang besar agar kelihatan selesa walaupun badan mereka kecil.

Jeans yang longgar dan besar tidak akan kelihatan menarik kerana ia tidak menampakkan bentuk badan anda. Malah anda akan kelihatan lebih gemuk daripada saiz badan sebenar.

Jangan pula anda mengenakan jeans terlalu ketat sehingga menampakkan bentuk alat sulit. Pakailah jeans mengikut ketinggian dan saiz pinggang anda. Ini kerana setiap jenama jeans mempunyai cirinya yang tersendiri dan potongan yang sesuai untuk lelaki mengikut bentuk badan.

Bagaimana jeans anda harus fit?

Menerusi theessentialman.com, jeans anda hendaklah sesuai dengan pinggang tanpa memerlukan tali pinggang. Ia sepatutnya sesuai dengan saiz badan tetapi tidaklah terlalu ketat sehingga menampakkan susuk badan anda.

Bagi kebanyakan orang, mereka lebih gemar memilih seluar yang tirus di bahagian kaki untuk mengelakkan kelihatan besar di bahagian pinggul.

Imej di atas (kiri) adalah standard yang hebat untuk pemakaian jeans, walaupun anda mempunyai jenis badan berbeza-beza. Ia tidak terlalu ketat di mana anda dapat melihat bentuk bentuk kakinya. Ia tidak terlalu longgar di mana seluarnya tampak jatuh.

Pemilihan jeans yang sesuai juga harus menitikberatkan kesesuaian pinggang yang tidak memerlukan anda untuk memakai tali pinggang. Jika anda memerlukan tali pinggang, bermakna ia terlalu besar dan jika anda tidak boleh butang seluar anda bermakna jelas ia terlalu ketat.

Bahagian pinggul perlu perlu fit dan mampat tanpa rasa ketat pada bahagian kemaluan anda.

Imej di atas (kanan), jika anda tidak dapat mengangkat kaki atau kangkang dan cangkung bermakna ia terlalu ketat.

Bahagian paling sukar untuk ramai adalah bahagian paha.

Untuk bahagian ini, lakukan ujian pinch di mana anda perlu berdiri dan cubit kain di bahagian paha dengan ibu jari dan jari telunjuk. Cubitan anda itu haruslah berukuran (0.5” -1”) kain. Kalau susah sangat nak tentukan, agakkan saja dengan cubitan tadi sehingga ia boleh ditarik sedikit. Barulah ia fit dengan paha anda.

Jeans untuk lelaki kurus

Lelaki yang langsing dari atas ke bawah disebut sebagai ectomorphic. Badan seperti ini sukar untuk mencari pakaian kerana ia mempunyai dada rata, bahu kecil dan otot-otot tanpa lemak. Jenis badan ini mempunyai metabolisme yang cepat dan berat badan sukar naik.

Orang seperti ini harus memakai jeans yang rendah bahagian pinggang agar dapat memenuhi ruang pada pinggang anda. Elakkan jeans yang terlalu longgar dan besar. Jangan memakai skinny jeans kerana akan menampakkan anda seperti lidi, sebaiknya straight cut sesuai dengan anda kerana ia tidak terlalu kecil dan tidak terlalu besar.

Jeans untuk lelaki berotot

Anda yang gemar ke gim pasti mempunyai otot yang besar di bahagian paha dan betis. Memakai straight cut jeans menjadikan jeans anda seperti skinny jeans. Badan berotot seperti anda sesuai memakai jeans regular fit agar badan yang telah anda usahakan itu nampak menarik. Elakkan jenis boot cut yang akan menjadikan badan anda nampak besar dan buruk.

Jeans untuk lelaki berbadan besar

Jika anda mempunyai bentuk badan yang besar terutama di bahagian perut, paha dan betis, kenakan jenis high rise yang lebar pada bahagian betis. Ia lebih selesa dan tampak menarik apabila anda berjalan. Loose fitting jeans adalah jeans paling terbaik untuk anda. Elak mengenakan skinny jeans kerana ia akan tampak buruk dan besar.

Sumber: www.realmenrealstyle.com & theessentialman.com

Tinggalkan Komen