Pernah tak anda diperli oleh rakan sekerja bila ingin pulang kerja lebih awal? Malah mereka mentertawakan dan riak wajah mereka penuh dengan judgment bahawa anda seorang yang pemalas dan tidak berjaya?

Sebenarnya, persetankanlah mereka!

Tuntutan kerja bertimbun kadangkala memaksa kita bekerja lebih masa semata-mata untuk menyiapkan kerja yang tertangguh. Jika kerja itu perlu dilakukan segera, bersengkang mata di pejabat tidak menjadi masalah tetapi apabila kerja mudah pun memerlukan kita tambah waktu bekerja mungkin cara kerja kita sebenarnya tidak betul. Maskulin berikan tip agar anda dapat elak melakukannya.

Budaya stayback sebenarnya sangat sinonim dengan budaya kerja di negara kita

 

PERKARA PERLU ANDA ELAKKAN

Cara kerja tiada sistem 

Seorang pekerja yang bagus sentiasa merancang setiap kerja yang dilakukannya. Jika sebelum masuk bulan baru kita sudah pun menyusun jadual kerja, kemungkinan untuk berjaga malam di pejabat tidak akan berlaku. Risiko perjalanan kerja anda juga tidak akan terganggu biarpun menerima banyak tugasan ‘last minute’ daripada bos.

Kaki tangguh 

Kerja bukannya sukar mana pun, tetapi masa untuk disiapkan mengambil masa berbulan-bulan. Kalau boleh, sasarkan kerja penting dan kurang penting yang mana harus diselesaikan terlebih dahulu. Jangan apabila ada kerja baru, anda bertangguh-tangguh dengan hanya alasan kerja dulu baru disiapkan. Kalau boleh, buatlah senarai tugasan setiap hari atau malam sebelum tidur untuk mengelakkan kerja jadi tertangguh.

Pura-pura sibuk

Tidak ramai tahu apa yang harus dilakukan jika bekerja lebih dari waktu kebiasaan. Tumpuan mereka juga bukannya 100% untuk kerja, tetapi digunakan untuk berbual-bual di telefon atau buat-buat sibuk. Contohnya lalu-lalang memegang fail ke hulu ke hilir semata-mata ingin menunjukkan anda memang seorang yang sibuk. Sudahnya apabila menjelang petang, tekanan kerja makin bertambah kerana banyak kerja yang perlu disiapkan sebelum waktu pulang. Mulalah stres tidak tentu pasal.

Curi masa

Mencelah untuk ‘ keluar sekejap’ dalam waktu kerja memang perkara biasa. Tipulah kalau semua pekerja yang bekerja menghadap komputer atau fokus sesesuatu kerja itu selama 24 jam. Paling tidak pun, mereka akan ke kafeteria untuk membeli makanan atau keluar menguruskan sesuatu yang penting dalam masa yang sangat cepat. Tetapi perlu diingat, jangan keluar sesuka hati. Sebelum keluar, mintalah izin dan tinggalkan pesan kepada ketua anda.

Nak nampak rajin 

Sesetengah syarikat membuat bayaran untuk kerja lebih masa. Itulah sebabnya ada juga mereka yang suka mengambil kesempatan  untuk duduk lebih lama di pejabat supaya jam-jam terakhir boleh dikira sebagai bayaran overtime. Alasan mereka menyiapkan kerja.  Sebenarnya kerja yang dilakukan banyak pada membuang masa melayari Internet atau berbual-bual kosong. Buktinya, kerja mudah yang mampu disiapkan dalam masa setengah hari disiapkan hingga larut malam.

Sebab deadline lambat lagi

“Alaa deadline lambat lagi. So, tak payah lah nak terkejar-kejar buat kerja”. Inilah masalah orang kita. Suka sangat bekerja last minute. Tempoh waktu yang diberikan untuk menyiapkan sesuatu kerja tidak mahu diendahkan. Ingat! Jangan sesekali memandang remeh pada deadline yang diberikan oleh bos anda bagi menyiapkan sesuatu kerja. Biar pun anda bekerja dengan jadual, tetapi risiko kemungkinan bos anda mahukan tugasan perlu disiapkan itu dengan tiba-tiba boleh terjadi. Macam mana keadaan anda masa itu? Sudah pasti kelam-kabut bukan?. Jadi elak amalkan tabiat ini.

Tinggalkan Komen

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara Ideaktiv Sdn Bhd • Dikendali Oleh Astro Group

error: